Amaran Cuaca Tahap Kuning Di Sabah & Labuan

Picture
Amaran Cuaca Tahap Kuning Di Sabah & Labuan 2/10/2021
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) yang membawa hujan lebat melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan.


MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi tadi memaklumkan, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bahagian Limbang.


Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah iaitu di bahagian pendalaman Sepitang, Kuala Penyu dan Beaufort, bahagian pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Labuan.


Tambah kenyataan itu, amaran angin bertiup dari arah barat dijangka membawa hujan lebat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah di kawasan terbabit.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.