Calon muda bukan keutamaan Warisan

Picture
AZIS JAMMAN
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU: Dalam memberi ruang kepada anak muda untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Parti Warisan Sabah (Warisan) masih memberi keutamaan kepada calon boleh menang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, kebanyakan wakil rakyat Warisan di Sabah memang terdiri daripada pemimpin muda namun, dalam politik faktor usia bukan satu-satunya perkara yang perlu diambil kira.


Beliau berkata, penerimaan rakyat serta pemilihan calon mesra rakyat dan dikenali dalam kalangan pengundi di kawasan ditandingi jauh lebih penting.

“Semasa pilihan raya, rakyat bukannya menilai usia mahukan kelayakan akademik seseorang calon sebaliknya, apa yang mereka mahukan adalah seorang yang boleh membantu menyuarakan masalah mereka dan mudah dihubungi apabila diperlukan.

“Dalam konteks Warisan, sudah pasti kita mahukan calon muda yang mempunyai kriteria sebegitu kerana itu menjadi bonus kepada mereka. Kita lebih daripada gembira untuk meletakkan mereka sebagai calon seperti yang dilakukan semasa PRU-14 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


“Walau bagaimanapun, Warisan lebih mengutamakan calon yang boleh menang,” katanya.

Mohd. Azis, yang juga Ahli Parlimen Sepanggar ini berkata, sekiranya calon yang boleh menang itu berusia 50 atau 60 tahun, keutamaan akan diberi kepada calon-calon berusia sebegini kerana mereka pastinya boleh membawa kemenangan kepada parti.

Jelas beliau, sekiranya meletakkan calon muda tapi, tidak boleh membawa kemenangan kepada parti pun tidak berguna juga.


Baru-baru ini , Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata, sebanyak 20 peratus golongan muda yang berkemahiran dan berpengalaman dalam pelbagai bidang perlu diketengahkan oleh PH pada PRU-15.’

Katanya, pembangkang perlu menampilkan muka-muka baharu bagi mengukuhkan keyakinan pengundi yang disifatkan semakin pudar.-UTUSAN ONLINE

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.