Hasrat ambil pukat berakhir tragedi, lelaki ditemukan lemas di Sungai Padas

Picture
Mayat mangsa ditemukan lemas di Sungai Padas berhampiran Kuala Tomani, Kemabong Tenom pagi tadi.-IHSAN Bomba
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Lelaki hilang di Sungai Padas ditemukan lemas

TENOM: Hasrat seorang lelaki ingin mengambil pukat yang dipasang di Sungai Padas berhampiran Kuala Tomani, Kemabong berakhir tragedi apabila lelaki berkenaan ditemukan lemas selepas tiga hari dilaporkan hilang.


Mayat mangsa, Zul Tun yang berusia 25 tahun ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi tadi pada jarak satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Picture
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. FOTO ihsan bomba

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah, Sopihan Muhammad berkata, mayat mangsa ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di kawasan berbatu di sungai berkenaan.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan hilang dipercayai lemas kira-kira pukul 12.50 tengahari pada Sabtu lalu ketika mangsa bersama sepupunya mandi sungai dan kemudian memeriksa pukat yang dipasang.


“Semasa kejadian mangsa dan sepupunya berada pada jarak tiga meter.

“Berdasarkan maklumat sepupunya, mangsa tiba-tiba menjerit meminta tolong dalam keadaan tangan terkapai-kapai.

Picture
Pasukan carian membawa mayat mangsa keluar dari sungai.

“Cubaan sepupunya menarik tangan mangsa tidak kesampaian kerana terlalu licin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sopihan berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) yang dijalankan bersama pasukan Jabatam Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selama dua hari lalu tidak berhasil menemukan mangsa.


Mayat mangsa ditemukan terapung di Sungai Padas oleh orang awam pada pagi ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan kemudian diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم