KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Warisan Yusof Yacob menafikan dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan parti itu seperti yang tular sejak semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu, berkata perkara terbabit hanya spekulasi kerana laporan yang mendakwa beliau akan berbuat demikian bukanlah berdasarkan kenyataannya.
“Itu bukan kenyataan saya. Saya akan buat penjelasan nanti,” katanya ringkas kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Terdahulu, sumber terdekat Yusof dipetik sebagai berkata Ketua Bahagian Warisan Sipitang itu akan meninggalkan parti untuk menjadi Adun Bebas kerana ingin membantu rakyat di kawasannya. Yusof adalah antara pemimpin terawal yang berjuang bersama Warisan sejak ia ditubuhkan pada 2016, selain pernah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah ketika parti itu menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 yang berlangsung September tahun lalu. – FMT
SOURCE: Sinar Harian
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق