Sabah beri kebenaran bersyarat kanak-kanak, remaja masuki premis perniagaan
KOTA KINABALU: Kanak-kanak di bawah 12 tahun dibenarkan dine-in di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang), dan sertai aktiviti perkelahan dan perkhemahan sekiranya ditemani oleh ibubapa yang telah lengkap divaksin.Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dibenarkan dine-in di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang),aktiviti perkelahan dan perkhemahan.
Datuk Seri Masidi Manjun berkata bagi kanak-kanak, mereka perlu ditemani ibu bapa yang sudah lengkap divaksin. - Gambar fail
Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah memaklumkan ini dalam kenyataan medianya hari ini.
Beliau berkata, pasar tamu, pasar tani, pasar minggu dan pasar malam juga dibenarkan di daerah-daerah yang telah mencapai peratusan vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 60% penduduk dewasa.
Ini tertakluk kepada penilaian risiko dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, katanya.
“Penjaja/operator termasuk pengunjung hendaklah telah lengkap divaksin,” tambahnya.
SOURCE: Warta Oriental
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق