Atlet bina badan negara, Meilaura Dora Jimmy, melakar kejutan apabila berjaya meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Bina Badan Dunia yang berlangsung 1 hingga 7 Oktober di Uzbekistan.
Kejohanan Bina Badan Dunia: Meilaura raih 2 emas
KOTA KINABALU: Atlet Sabah Meilaura Dora Jimmy mencipta sejarah dengan merangkul dua pingat emas untuk kontinjen Malaysia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia WBPF ke-12 yang diadakan di Tashkent, Uzbekistan pada Selasa.Meilaura berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa semua pengorbanan yang dilakukan sejak 2004 dalam sukan bina badan akhirnya rasa berbaloi setelah berjaya meraih dua pingat emas tersebut.
Meilaura juga mendedikasikan pingat tersebut kepada rakyat Malaysia serta pasukan dan jurulatihnya yang kini berada di Uzbekistan. Atlet kelahiran Sabah itu berjaya meraih pingat tersebut menerusi dua kategori iaitu wanita terbuka 55 kilogram dan wanita 30 tahun.
Dia memenangi emas pertama dalam kategori Bina Badan Wanita Terbuka disusuli emas kedua dalam kategori Bina Badan Wanita Atas 30 Tahun.
Atlet berumur 41 tahun itu ketika dihubungi pada Selasa sangat gembira dengan kejayaannya.
“Sebelum pertandingan, sasaran saya adalah untuk cuba melakukan yang terbaik untuk memenangi sekurang-kurangnya satu emas untuk negara.
“Syukur kepada Tuhan, saya berjaya memenangi dua dan saya mesti mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) kerana memberikan saya peluang untuk mewakili negara.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jurulatih Othman Yahya, Malvern Abdullah dan Deborah Onul atas bantuan mereka dalam membantu saya membuat persiapan untuk kejohanan ini dan juga terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sokongan,” katanya.
Dia juga berharap dapat memenangi satu lagi emas bersama rakan sepasukan Buda Anak Ancah di mana mereka akan bersaing dalam kategori Pasangan Campuran yang dijadualkan bermula hari ini.
Sementara itu, Meilaura merupakan satu-satunya anggota wanita dalam kontinjen Malaysia diketuai Othman Yahya untuk kejohanan itu.
Atlet lain ialah Mohd Syarul Azman Mahen, Ahmad Faiz Ariffin, Malvern Abdullah, Buda Anak Anchah dan Zmarul Al Adam. Selain dua emas Meilaura, pasukan itu turut memenangi tiga perak menerusi Buda dalam Bina Badan Lelaki sehingga 70kg dan Bina Badan Master Lelaki 40-49 tahun sehingga 80kg, dan Malvern dalam Bina Badan Lelaki sehingga 60kg. – DE
SOURCE: Warta Oriental
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق