Kapal tongkang ditemukan tersadai di tebing laut Tanjung Lipat, Likas, di sini, selepas dipercayai hanyut, awal pagi tadi.
Kapal Tongkang Tersadai Di Persisir Pantai Teluk Likas jadi ‘tarikan’ ramai
Kota Kinabalu: Kapal tongkang ditemukan tersadai di tebing laut Tanjung Lipat, Likas, di sini, selepas dipercayai hanyut, awal pagi tadi.Difahamkan, kapal tongkang berkenaan mengalami kerosakan sejak semalam dan berhenti di tengah laut sementara menunggu proses baik pulih dijalankan.
KAPAL tongkang yang hanyut di perairan cetek pesisir pantai Teluk Likas hari ini. FOTO Mohd Adam Arinin
Namun, hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini semalam menyebabkan kapal berkenaan berada semakin hampir ke tebing laut.
Kedudukan kapal tongkang berkenaan mengejutkan ramai pengunjung apabila didapati ia berada betul-betul di tepi laut.
Pengunjung Tanjung Lipat, Nazri Mabini, 28, berkata, pada pagi semalam, kedudukan kapal berkenaan agak jauh di tengah laut.
Bagaimanapun katanya, hari ini, ketika sampai ke kawasan itu, dia terkejut selepas melihat kapal tongkang berkenaan berada terlalu hampir dengan tebing.
"Ya, saya terkejut apabila melihat kedudukan kapal tongkang yang tersadai di tebing laut ini. Semalam saya melihatnya masih jauh di tengah laut," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.
Menurutnya, keadaan kapal dan air laut di kawasan berkenaan mungkin menyebabkan kesukaran untuk tongkang ditarik semula ke tengah laut.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق