PGA Sabah rampas 3,090 karton rokok seludup bernilai hampir setengah juta ringgit

Picture
Sebahagian daripada 141 plastik hitam yang mengandungi 3,090 karton rokok tanpa cukai pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM474,084 berdasarkan harga pasaran semasa. - Foto: PGA Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


PGA bongkar stor rokok seludup hampir setengah juta ringgit

LAHAD DATU: Tindakan penyeludup menyembunyikan rokok tidak bercukai di sebuah bengkel di Kampung Cina, Jalan Agaseh, di sini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa gagal apabila berjaya dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA).


Op Kontraban oleh pasukan petugas Batalion 17 PGA Lahad Datu jam 11.30 malam Isnin itu, menemui sejumlah 3,090 karton rokok tanpa cukai dipercayai bernilai RM474,084 berdasarkan harga pasaran semasa. Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, operasi dijalankan hasil maklumat awam dan risikan serta pemantauan di lokasi.

Picture
Rokok tidak bercukai yang disembunyikan dalam bengkel di Kampung Cina, Jalan Agaseh, Lahad Datu.

“Selepas pemerhatian, pasukan operasi terus memecah masuk ke dalam bengkel dan mendapati terdapat 141 plastik hitam ditinggalkan mengandungi rokok.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua bungkusan berkenaan mengandungi rokok pelbagai jenama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Abdul Rani berkata, semua rokok tanpa cukai berkenaan terus dirampas dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم