Sabah benar rentas daerah tanpa zon mulai esok

Picture
Sabah boleh rentas daerah mulai 14 Oktober 2021
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Pengembara tempatan, selamat datang ke Sabah mulai 1 November ini

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini membenarkan aktiviti rentas daerah seluruh Sabah tanpa mengikut zon yang akan berkuat kuasa esok.

Picture
Antara syarat untuk merentas negeri dan daerah ialah individu perlu lengkap divaksin, remaja berusia 12 hingga 18 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani ibu bapa lengkap divaksin. (Gambar Bernama)

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor katanya, pihaknya berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri setakat hari ini yang telah dikeluarkan Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70%.


"Selaras dengan itu, kerajaan negeri pada hari ini bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan di seluruh negeri mulai 14 Oktober (esok) dengan beberapa syarat.


"Antara syarat ialah individu terbabit telah lengkap divaksin. Bagi remaja berumur 12 sehingga 18 tahun pula mestilah yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.


"Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun harus ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri Sabah hari ini juga bersetuju membenarkan rentas negeri itu berkuat kuasa 1 November ini.



Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan juga dengan beberapa syarat.


"Individu haruslah telah lengkap divaksin dan perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh 3 hari sebelum perjalanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Picture
Kemasukkan ke Sabah bagi aktiviti rentas negeri meliputi lawatan sosial dan pelancongan dibenarkan dengan syarat ditetapkan. - Gambar fail

Hajiji turut menyatakan syarat untuk golongan remaja dan kanak-kanak merentas negeri juga sama seperti syarat yang dikenakan untuk rentas daerah.


Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri hari ini juga membenarkan aktiviti rentas daerah seluruh Sabah tanpa mengikut zon yang akan berkuat kuasa esok.

Katanya, pihaknya berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri setakat hari ini yang telah dikeluarkan Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus.

"Selaras dengan itu, kerajaan negeri pada hari ini bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan di seluruh negeri mulai 14 Oktober (esok) dengan beberapa syarat.


"Antara syarat ialah individu terbabit telah lengkap divaksin. Bagi remaja berumur 12 sehingga 18 tahun pula mestilah yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

"Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun harus ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.