Sabah mulakan pemberian dos ke-3 hari ini

Picture
Hajiji memberitahu, terdapat 2 fasa pemberian dos penggalak ini melibatkan para petugas barisan hadapan, golongan warga emas dan golongan berisiko di Sabah. - CMO Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Sabah mulakan pemberian dos penggalak hari ini

KOTA KINABALU: Sabah hari ini memulakan pemberian dos penggalak kepada para petugas barisan hadapan, golongan warga emas dan golongan berisiko.


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, lebih 60,000 petugas barisan hadapan dan 193,953 warga emas dan golongan berisiko di Sabah dikenal pasti layak menerima dos penggalak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).


Tegasnya, pemberian dos penggalak di negeri itu melibatkan 2 fasa.

"Fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan yang bermula hari ini hingga 20 November ini.

"Manakala fasa kedua yang melibatkan golongan warga emas dan berisiko akan bermula 2 November depan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Tambah Hajiji, walaupun pemberian dos penggalak itu adalah pilihan tetapi ia perlu diberikan bagi memberi pelindungan kepada para penerima.

Selain itu, beliau memberitahu, dos penggalak ini akan dilakukan di kemudahan perubatan kerajaan dan swasta di bawah pemantauan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

"Individu yang layak akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera selain pusat pemberian vaksin akan menghubungi atau menghantar mesej kepada individu lain.


"Bagi individu yang belum mendapatkan vaksin, mereka perlu segera datang ke PPV, hospital dan klinik berhampiran," katanya.

Setakat 18 Oktober, 70.8 peratus populasi dewasa di Sabah telah lengkap menerima vaksin manakala 319,707 atau 73.67 peratus remaja di Sabah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم