Wakil Rakyat Muda Warisan Tak Mungkin Lompat Parti, Kata Penganalisis

Picture
Presiden Warisan Shafie Apdal (duduk kanan) bersama pimpinan parti. (Gambar Warisan)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Warisan tidak perlu bimbang mengenai khabar angin mengatakan wakil rakyat mereka mungkin lompat parti, kerana mereka yang masih kekal akan terus setia, kata penganalisis.


Mereka berkata, parti itu boleh mengharapkan kesetiaan daripada pemimpin muda yang membawa satu pemikiran baharu.


Penganalisis mengulas peletakan jawatan ADUN Sindumin Yusof Yacob minggu lalu untuk menjadi wakil bebas dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Warisan Shafie Apdal, mendakwa bahawa Yusof yang juga bekas Ketua Penerangan, cuba mempengaruhi ahli lain keluar Warisan untuk menyokong GRS dan menjanjikan ganjaran lumayan.

“YB muda (wakil rakyat) biasanya terikat dengan perjuangan parti dan mementingkan isu integriti,” kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Romzi Ationg kepada FMT.


Katanya, mereka cenderung untuk memikirkan masa depan politik masing-masing dan cuba mengelakkan daripada dikritik pengundi termasuk digelar ‘katak politik’ jika ingin keluar parti.

Romzi berkata, pemimpin muda biasanya dilihat sebagai tegas dan berani mempertahankan prinsip mereka dan sanggup melawan arus politik sekiranya diperlukan.


Kebanyakan daripada 20 ADUN dan lapan Ahli Parlimen Warisan yang masih kekal terdiri daripada generasi muda dan ramai yang dipilih untuk penggal pertama atau kedua.

Penganalisis sosiopolitik Awang Azman Pawi berkata, generasi politik semasa Sabah masih dibayangi dengan “DNA politik lama”, yang merujuk kepada budaya lompat parti, yang terkenal di negeri itu.

“Namun ia sukar untuk mempengaruhi generasi muda mengamalkan budaya lama itu kerana mereka mempunyai satu pemikiran yang baharu,” katanya kepada FMT.

“Pemimpin muda cukup berani untuk menangkis usaha menakut-nakutkan mereka.”

Awang Azman berkata, Warisan boleh menjadi ancaman kepada GRS dalam pilihan raya akan datang dan tidak hairanlah sekiranya orang luar mahu memujuk wakil rakyatnya keluar.


Katanya, parti yang menerima pemimpin yang berpaling tadah mungkin berdepan masalah.

“Ini akan memakan diri mereka. Agak sukar untuk pengundi melupakan tindakan wakil rakyat yang lompat parti. Ini akan memberi kesan negatif terhadap parti yang menerima pemimpin yang lompat parti.”

Bagaimanapun, Romzi berkata golongan berpaling tadah itu akan berdepan kemarahan pengundi dan bukannya parti yang menerima mereka. – FMT

SOURCE: FMT Via Sabahpost

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم