“Pernah ditawar RM500,000 untuk ke ranjang”- Azharina Azhar
Penyanyi yang popular dengan lagu Rawan, Azharina Azhar membuat pendedahan mengejutkan mengenai asam garam bergelar seorang artis.Menurut penyanyi asal Sabah ini, di awal pembabitannya dalam bidang nyanyian, dia pernah ditawar sejumlah wang yang lumayan dan dijanjikan pelbagai imbuhan.
Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis.
Azharina berkata lagi, sebagai penyanyi ramai yang cuba ambil kesempatan namun anak seni hendaklah pandai mengelak dengan cara baik.
Menurutnya, karier penyanyi yang digalas membuatkan dirinya agak tersekat. Meskipun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga, dia tidak boleh kasar atau kurang ajar.
Tapi kalau ajakan seumpama itu depan muka saya, saya cakap saya bukan orang begitu. Tetapi itulah, sebagai artis cakap begini salah cakap begitu pun salah.
Penyanyi ini berkata kebiasaannya pembantu peribadi akan menjawab bagi pihaknya. Malah, pelantun Elegi Sepi ini percaya perkara ini berlaku di mana-mana sahaja.
Sebagai perempuan, kena pandai bawa diri dalam kerjaya dan untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan biarkan orang ambil kesempatan dengan kita.
Lebih mengejutkan apabila Azharina pernah menyaksikan situasi seorang penyanyi kena tidur dengan komposer hanya untuk album atau janji manis untuk dijadikan artis.
Walau bagaimanapun, dia tidak dapat memastikan sejauh mana kesahihan perkara tersebut kerana penyanyi itu sendiri terus menjauhkan diri daripada komposer itu.
Kredit: Utusan Malaysia
SOURCE: ohmedia
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق