Tular satu siaran langsung di media sosial berkaitan dengan masalah air di University Utama Condominium (UUC) Telipok, Sabah.
Menerusi akaun Facebook Ruby RJ, kejadian berlaku apabila wanita tersebut datang ke pejabat pengurusan UUC untuk meminta penjelasan berkenaan bagaimana meter air disana dibaca.
Ruby RJ menjelaskan, kenapa bayaran yang terpaksa ditanggung penduduk UUC tinggi sedangkan air yang mereka terima hanya beberapa jam dalam masa sehari.
“sebenarnya, mereka ada cuba jelaskan tapi penjelasan mereka bagi adalah walaupun tiada air, meter tetap berpusing. Bagi saya itu tidak masuk akal,” katanya.
Turut menjadi misteri apabila “surcharge” yang dikenakan tidak dapat dijelaskan oleh pihak pengurusan UUC.
Ruby RJ juga turut menunjukkan bukti bahawa pihak pengurusan UUC hanya membuka atau menyalurkan air ke kediaman penduduk dalam masa 40 minit pada jam 10 malam.
Keadaan semakin memuncak apabila air yang dibekalkan kepada penduduk semakin kurang dan pihak pengurusan hanya menyediakan lori yang membawa tangki air di tempat letak kereta.
Lagi menyedihkan apabila ada penduduk yang sedang mengandung terpaksa mengambil air ditempat letak kereta dan angkat air tersebut ke tingkat atas.
Menerusi sedutan siaran langsung tersebut, kelihatan staff pejabat pengurusan tersebut tertunduk diam mendengar keluhan dan tangisan wanita berkenaan.
Sumber FB : https://m.facebook.com/groups/927049187503803/permalink/1642301995978515/
SOURCE: SabahFocus
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق