2 maut, 5 cedera dalam nahas tragis

Picture
PASUKAN bomba memotong bumbung Land Cruiser menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TAWAU: Dua maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan tragis membabitkan tiga kenderaan – Proton Saga, Toyota Land Cruiser dan Toyota Revo – di simpang masuk Taman Semarak, Jalan Kuhara sekitar jam 5.40 petang, Sabtu.

Dua daripada tujuh orang dalam Land Cruiser maut di tempat kejadian, tiga dirawat di Hospital Tawau dan dua lagi, termasuk kanak-kanak perempuan berumur empat tahun, mengalami cedera ringan.


Nurfaizah Ma’arop, 20, dan Suwati Sugio, 50, yang merupakan anak dan kakak ipar kepada pemandu Land Cruiser yang berumur 50 tahun, disahkan maut akibat kecederaan parah oleh paramedik, menurut Ketua Polis Tawau, ACP Peter Umbuas,

Picture
Menurutnya, pemandu Land Cruiser dan isterinya, 43, yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, sedang dirawat di Zon Merah hospital, manakala, anak buahnya, 20, (anak kakak ipar yang maut), dirawat di Zon Kuning. “Dua lagi anak perempuan mereka berumur 16 dan empat tahun, cedera ringan,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut beliau, pemandu Proton Saga berumur 23 tahun tidak mengalami kecederaan.



Sementara itu, katanya, pemandu Revo, 53, serta dua penumpangnya yang masing-masing berumur 66 dan 28 tahun, juga tidak cedera.

Peter berkata, siasatan awal mendapati Proton Saga dalam perjalanan ke Taman Semarak dari Jalan Chong Thien Vun.

“Apabila Proton sampai di lokasi kejadian ketika memasuki simpang Taman Semarak, Land Cruiser yang datang dari arah Gudang Empat cuba mengelaknya, namun, memandangkan jarak terlalu dekat menyebabkan pemandu pacuan empat roda itu melanggar bahagian depan kereta Proton.

Picture
“Akibat perlanggaran itu, Land Cruiser terbabas lalu terseret memasuki laluan bertentangan sejauh lebih kurang 26 meter sebelum bertembung pula dengan Revo,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 5.46 petang, yang membabitkan tiga kereta dan 11 mangsa.


Menurutnya, mereka membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam Land Cruiser dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dikejarkan ke hospital oleh ambulans.

Operasi tamat jam 6.36 petang.

SOURCE: dailyexpress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم