MPS diarah baiki segera jambatan gantung usang

Picture
Seorang pelajar melintasi jambatan gantung usang ke Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar di Sandakan pada hari pertama persekolahan pada Isnin.-Bernama foto
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Gambar ‘demi menuntut ilmu’ cetus kebimbangan warga maya

Gambar pelajar yang terpaksa mengharungi jambatan gantung usang untuk ke sekolah menjadi perhatian di media sosial dengan sebahagian besar warga maya menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan pelajar berkenaan.

Picture
Imej itu - yang dikongsi Bernama di media sosial - memaparkan kanak-kanak berpakaian sekolah sambil membawa beg bertarung nyawa ketika mereka cuba menyeberangi sebuah jambatan gantung usang yang telah rosak.

Para pelajar dilihat dengan berhati-hati mencengkam tali sambil meniti di bahagian jambatan yang sudah kehilangan sebahagian besar daripada kayu atau papannya.


Menurut Bernama, beberapa pelajar SK Sibuga Besar di Sandakan, Sabah ini terpaksa menyeberangi jambatan usang berkenaan pada hari pertama sesi persekolahan.

Gambar-gambar yang dikongsi Bernama sejak itu menjadi tular di media sosial, dengan ramai yang mempersoalkan bagaimana perkara seumpama itu masih berlaku di Malaysia.

Dalam tweet yang dikongsi secara meluas, cikgu Nazira Roslee menggesa orang ramai supaya lebih prihatin dengan nasib kanak-kanak ini.

“Kanak-kanak ini mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan hak asasi manusia.

“Anda sepatutnya menumpukan perbincangan mengenai mengapa selepas bertahun-tahun sejak pembentukan Malaysia, ini masih berlaku?” katanya, menjawab imej yang dikongsi Bernama.

Ramai juga yang menuduh wakil rakyat di kawasan itu tidak menjalankan tugas.

Gambar-gambar tersebut juga turut dikongsi di Facebook kumpulan guru yang menggesa pihak berkuasa tempatan bertindak segera untuk membaiki jambatan itu demi keselamatan pelajar.

Sesi persekolahan di seluruh negara bermula sejak 9 dan 10 Januari lalu.

Malaysiakini telah menghubungi wakil rakyat kawasan itu, iaitu Ahli Parlimen Libaran Zakaria Mohd Edris serta Adun Sungai Manila Mokran Ingkat, untuk mengulas perkara ini.

Menurut mereka, tindakan segera telah diambil bagi menangani perkara itu, dengan Mokran berkata dia juga sedang memohon peruntukan kerajaan untuk membaiki sepenuhnya jambatan gantung berkenaan.

KOTA KINABALU: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) diarah membaiki segera jambatan gantung usang yang menjadi laluan pelajar di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan untuk ke sekolah.


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata beliau sudah mengarahkan MPS menyegerakan pembaikan jambatan gantung itu demi keselamatan pelajar sejurus dimaklumkan mengenai keadaan infrastruktur berkenaan.

Picture
"Saya sudah mengarahkan pihak MPS untuk mengambil tindakan segera terhadap perkara ini. Kerajaan amat mengambil berat perkara seumpama ini, lebih-lebih lagi yang membabitkan keselamatan murid dan pelajar sekolah," katanya, di sini, hari ini.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar memaparkan seorang murid sedang melalui jambatan gantung usang yang membahayakan keselamatan di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan ketika hari pertama sesi persekolahan penggal tiga 2021 / 2022, semalam.

Picture
Gambar yang dirakam jurugambar Bernama itu menunjukkan keadaan jambatan gantung terbabit yang usang dengan bahagian lantainya sudah hilang, manakala sebahagian jaring besi turut berlubang.


Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata walaupun jambatan gantung terbabit bukan kemudahan infrastruktur dalam bidang kuasa kementeriannya, namun aspek keselamatan murid amat penting diberi perhatian.

Picture
"Kemudahan infrastruktur itu adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT). Oleh itu, saya mengarahkan pihak MPS untuk bertindak segera membaiki kemudahan itu sebelum apa-apa terjadi kepada murid sekolah di kampung berkenaan," katanya.



Jambatan gantung menjadi penghubung penting di kawasan luar bandar Sabah bagi memudahkan penduduk menyeberangi sungai termasuk untuk kemudahan pelajar ke sekolah.

SOURCE: bharian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم