Sebahagian besar kes baharu yang direkodkan di Sabah adalah berada pada kategori satu dan dua, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin pada Selasa.
COVID-19 | Keperluan dan peralatan di Sabah mencukupi
KUALA LUMPUR : Situasi COVID-19 di Sabah berada dalam keadaan terkawal meskipun angka COVID-19 di negeri itu melebihi angka 2,000 kes dengan 2,069 kes baharu direkodkan pada Selasa.Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, fasiliti kesihatan termasuk hospital di negeri itu telah dimaklumkan untuk bersiap siaga menampung peningkatan kes di negeri itu sejak dua minggu yang lalu.
Ini termasuk dari segi sumber dan peralatan kesihatannya.
"Pada masa ini, memang kita dapat melihat bahawa banyak kemasukan kes-kes ke hospital bagi kes COVID-19.
"Walau bagaimanapun, kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) berada dalam keadaan stabil. Maksudnya, tidak ada peningkatan ketara.
"Dari segi kesiap siagaan, JKNS telah mengadakan mesyuarat dalam dua minggu lepas bersama semua hospital-hospital dan fasiliti kesihatan di Sabah untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan bersedia.
"Pada masa ini, dari segi sumber dan peralatan masih lagi mencukupi untuk menampung peningkatan kes di sini," katanya ketika dihubungi AWANI Borneo hari ini.
Malah, ujar beliau lagi, Kerajaan Negeri Sabah terus berusaha meningkatkan pemberian vaksin serta pendidikan kesihatan buat komuniti di negeri tersebut.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, Kota Kinabalu mencatatkan pertambahan dengan 395 kes dilaporkan hari ini.
"Daerah-daerah lain yang mencatatkan pertambahan termasuk Tuaran (192), Papar dan Penampang (161), Lahad Datu (137) dan Tawau (113).8/2: Sabah Covid update
— Masidi Manjun (@MasidiM) February 8, 2022
Burst the 2K ceiling! New cases went past the 2000 level with 2,069 (+469). Except for S’kan (-55), K’bakan (unchanged) & Tongod (0), all districts registered increased cases; KK 395, Tuaran 192, Papar 161, P’pang 161, LDatu 137, Twu 113.
99.37% Cat 1&2
"Sebanyak 99.37 peratus kes yang dicatatkan hari ini berada dalam kategori satu dan dua," jelasnya menerusi perkongsian di laman Twitter pada Selasa.
SOURCE: AWANI
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment