Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual di mahkamah Tenom

Ebit (kopiah putih) berhadapan 11 tuduhan termasuk gangguan seksual menuju masuk ke Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom. FOTO Juwan Riduan

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Hadapi pelbagai pertuduhan termasuk gangguan seksual, Ebit Lew didakwa di mahkamah Tenom

Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom di sini, hari ini atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.


Ebit, 37, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Picture
Ebit menuju masuk ke Mahkamah Litar, Tenom. - NSTP/Juwan Riduan

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada Jun depan.


Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin.

Terdahulu, Ebit yang kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ditemani sekumpulan individu lain.



Polis turut mengawal perkarangan Pejabat Daerah Tenom sepanjang prosiding dijalankan.

Picture
"Ini ujian Allah kepada saya" - Ebit Lew (dua kanan) ketika ditemui media selepas selesai prosiding di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, hari ini.

Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Picture
Pendakwah Ebit Lew berjalan keluar dari IPD Dang Wangi 21 Julai 2020. — Gambar oleh Hari Anggara.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi.

Picture
Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

SOURCE: HM

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.