Pemandu lelaki maut, kereta rempuh belakang lori kontena

Toyota RV merempuh lori kontena di belakang, dan pemandunya maut di tempat kejadian.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



LELAKI MAUT KENDERAAN REMPUH LORI TRELER

Ranau: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah lori kontena dalam kejadian di Kampung Kilimu, di sini, awal pagi tadi.



Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa Eldeon Benedick, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Picture
RV itu merempuh bahagian belakang kanan lori kontena dari belakang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 pagi.


Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.


“Setibanya dilokasi kejadian, pasukan operasi mendapati pemandu Toyota Harrier tersepit dan perlu dibantu untuk dikeluarkan pasukan bomba.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Picture
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan berkenaan. Pix Ihsan Bomba

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, pasukan operasi terus menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.29 pagi. -Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.