PERENANG Sabah, Loo Yie Bing Loo memenangi pingat emas acara 200m gaya bebas wanita, hari ini. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Sukma: Loo Yie Bing buktikan usia muda bukan halangan
Loo Yie Bing
KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun, namun siapa sangka perenang dari Sabah, Loo Yie Bing mampu menewaskan pesaing yang lebih berpengalaman dan berusia pada Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 di sini, hari ini.
Perenang dari Sabah, Loo Yie Bing membawa pulang pingat emas dalam acara 200 meter (m) gaya bebas wanita. - Foto Ihsan Sabah Aquatic Sports Association
Yie Bing berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara 200 meter (m) gaya bebas wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dengan catatan masa, 2:07.03s.
Perak diraih perenang Sarawak, Kelly Teo Yao dengan catatan masa 2:07.03s manakala Ong Yong Qi (Johor) melengkapkan podium di tempat ketiga, 2:08.63s.
"Saya sangat gembira dan terima kasih kerana menyokong saya. Saya memang tidak menjangkakan untuk menang kerana ketika peringkat saringan, saya sangat gementar dan di final pun sama.
"Walaupun saya masih muda tetapi saya tetap mencuba yang terbaik dan tidak memikirkan sangat mengenai siapa lawan saya," kata Yie Bing yang pernah meraih tempat keenam di SUKMA Perak 2018.
Dalam pada itu, Yie Bing berharap dia dapat memperbaiki catatan masa dilakukannya dan diberi peluang untuk menggalas cabaran negara di temasya lebih besar seperti Sukan SEA pada akan datang.
Cemerlang: Perenang Sabah Loo Yie Bing baru berusia 14 tahun tetapi dia kini berbangga dengan rekod kebangsaan 100m gaya bebas.
"Saya nak perbaiki catatan masa dan harap dapat melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Saya juga berharap dapat mewakili Malaysia dalam Sukan SEA selepas ini," katanya.
SOURCE: BH
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق