Aksi Rosario Bianis di uji bakat Britain's Got Talent

Mari kita bersama sama menyokong artis tempatan sabah, Rosario Bianis yang akan beraksi di pentas berprestij Britain's Got Talent (BGT) pada hari ini!

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Rosario terpilih uji bakat Britain's Got Talent

Impian Juara Bintang RTM 2016, Rosario Bianis, 28, beraksi di pentas antarabangsa bakal menjadi kenyataan apabila terpilih menghadiri sesi uji bakat program berprestij, Britain's Got Talent (BGT) pada 12 November ini.

Rosario Bianis berada di lokasi sesi ujibakat Britain’s Got Talent di United Kingdom.

Berikut merupakan perkembangan live update dari Rosario melalui facebook beliau sendiri yang kini berada di ExCeL London di mana ujibakat itu berlangsung.


Gambar ini dikongsikan di Facebook beliau sekitar jam 3 petang waktu di UK.

Berkongsi berita gembira itu melalui hantaran di Instagram (IG), Rosario meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan detik yang bakal melakar sejarah peribadi buat dirinya itu.

"Tiga minggu lagi," tulisnya ringkas sekali gus menggambarkan debaran yang dirasakan sekarang.

Entri yang dimuat naik Rosario atau nama penuh, Rosario Ninih Chamini Bianis ini memaparkan e-mel yang dikirim pasukan produksi BGT pada 10 Oktober lalu mengenai pemilihan sebagai peserta uji bakat program berkenaan.

Picture
Rosario Bianis

E-mel itu menyebut: "Kepada Rosario Ninih Chamini Bianis, kami sangat berbesar hati apabila anda terpilih untuk menghadiri sesi uji bakat BGT.

"Kami juga tidak sabar untuk menyaksikan persembahan anda.

"Siapa tahu mungkin tahun ini adalah tahun anda. Kami ingin mengucapkan selamat berjaya... Jumpa anda di sana."

Picture
Rosario berkongsi berita gembira dalam IG apabila terpilih menghadiri sesi uji bakat program Britain’s Got Talent di London pada 12 November ini. - Foto IG Rosario Bianis

Menerusi notis itu, produksi BGT turut menyertakan maklumat terperinci mengenai uji bakat seperti tarikh, masa, nombor siri dan lokasi sesi berkenaan.

Berkongsi butiran sesi uji bakat BGT dalam program radio tempatan, pagi semalam, penyanyi kelahiran Tambunan, Sabah ini memaklumkan dia menunggu setahun sebelum permohonannya diterima.

"Proses menantikan jawapan mereka mengambil masa lebih kurang setahun. Saya isi borang untuk menyertai program itu, awal tahun lalu.

"Pada mulanya, hati saya berbelah bahagi. Tetapi, akhirnya, saya teruskan juga hasrat apabila naluri kuat menyatakan untuk saya segera menghantar borang.

Picture
Rosario menunggu selama setahun sebelum permohonannya menghadiri sesi uji bakat program berprestij, Britain’s Got Talent diterima. - Foto IG Rosario Bianis

"Sejujurnya, saya sangat teruja kerana ini adalah impian saya untuk mengembangkan bakat, selain mahu membina profil lebih tinggi.

"Sebelum ini, saya hanya bertanding di peringkat kampung, diikuti daerah dan seterusnya negeri dan Asia.

"Jadi, ini adalah peluang saya untuk mencari pengalaman bertanding pada peringkat antarabangsa," katanya.

Enggan melepaskan peluang keemasan itu, Rosario sedang berusaha mencari penaja atau dana yang boleh menampung kos

perjalanan ke United Kingdom (UK) sebagai wakil Malaysia.

Kami di Saya Orang Sabah X SabahUp2date ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil tunggal kita dari Sabah, Malaysia!

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.