Gempa Bumi Lemah di Beluran, Sabah pada 9.07 pg
Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi Khamis (20 Apr).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.
“Gempa tersebut berjarak 37 kilometer tenggara dari Pitas, Sabah dan 365km utara dari Tarakan, Indonesia,” menurut kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber : Bernama/NY/ny
SOURCE: Mediacorp
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق