Hospital Lahad Datu lakar sejarah berjaya bedah ketumbuhan besar di muka

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
BEDAH: Semua doktor pakar bergambar selepas berjaya membuat pembedahan berkenaan. (Foto ©thestar.com.my)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Hospital Lahad Datu lakar sejarah berjaya bedah ketumbuhan besar di muka

LAHAD DATU: Hospital Lahad Datu melakar sejarah apabila berjaya membuat pembedahan dan membuang ketumbuhan besar (Pleomorphic Adenoma) di bahagian muka seorang wanita di daerah ini.

Difahamkan, Nur Patma Jimlani yang menderita selama lapan tahun akibat ketumbuhan ini pernah cuba mendapatkan rawatan di seluruh Sabah termasuklah di hospital swasta.

Namun, banyak pihak yang menolak untuk menjalankan pembedahan disebabkan saiz ketumbuhan pada wajahnya yang sudah membesar.

Nur Patma berkata, ketumbuhan yang dialaminya diperingkat awal hanya seperti biji kecil di tepi bahagian pipinya, namun saban hari ia semakin membesar.

“Saya tidak merasakan sebarang kesakitan pada ketumbuhan ini, namun saiznya yang semakin membesar telah membataskan dan menyukarkan banyak aktiviti fizikal seharian.

“Kini saya sangat gembira dan berterima kasih kepada semua doktor yang terlibat kerana membantu membuat pembedahan membuang ketumbuhan ini,” katanya.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Tumor membesar sehingga lebih 1kg berat selama lapan tahun sebelum akhirnya dikeluarkan.
(Foto ©thestar.com.my)
Sementara itu, Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr. Andi Shamsurezal Datuk Mohd Sainal berkata, prosedur pembedahan telah berlangsung selama tiga jam.

“Ketumbuhan seberat 1.03 kilogram itu berjaya dibuang hasil gabungan kepakaran dan kerjasama doktor pakar dari Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau dan Lahad Datu,” katanya.

Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Dr. Rubinderan Muthusamy pula berkata, sekiranya ketumbuhan itu dibiarkan, pesakit berpotensi mengalami beberapa komplikasi kesihatan, selain mengakibatkan keterbatasan pergerakan fizikal.

“Jika pertumbuhan ini semakin besar, pesakit susah untuk memandang kiri dan kanan serta menyebabkan sakit tengkuk.

“Selain itu, ia juga boleh menekan saluran pernafasan dan darah, malah pesakit akan menghadapi masalah dari segi psikologi serta mengganggu kehidupan seharian,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم