2 bersaudara maut, 3 cedera parah nahas 4WD
KOTA MARUDU: Dua wanita bersaudara maut manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki dipercayai gagal dikawal sebelum melanggar tebing bukit lalu terbalik di Jalan Kampung Gana di sini, hari ini.Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, Somineh Engkagang, 17, dan Doyut Nanu, 58, cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga lagi mangsa termasuk pemandu yang dilaporkan cedera berusia 85, 65 dan 27 tahun. Semuanya dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.
Semua mangsa yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Gana.
"Ketika melalui selekoh menuruni bukit, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar tebing bukit kanan menghala ke Kampung Gana lalu terbalik di parit simen.
"Susulan itu, dua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi termasuk pemandu parah," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Zairolnizal berkata, siasatan lanjut mendapati tiada kenderaan lain atau mangsa lain terbabit dalam kemalangan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SOURCE: Laporan BH Oleh Juwan Riduan
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق