Ibu maut, anak parah dalam nahas

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kemalangan membabitkan dua kenderaan selepas bertembung dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Papar Baru-Kota Kinabalu pada Isnin.
(📸 ©Laporan Oleh ASYIKIN ASMIN)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Ibu maut, anak parah dalam kemalangan dua 4WD

PAPAR - Wanita warga emas maut manakala anak perempuannya parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 17 Jalan Papar Baru-Kota Kinabalu di sini pada Isnin.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa kemalangan membabitkan dua 4WD di Jalan Pan Borneo hari ini. - Foto ihsan bomba.
(📸 ©bharian.com.my)
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 64 tahun maut di lokasi kejadian manakala anaknya berusia 43 tahun dan seorang lagi pemandu lain parah akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Papar, Superitenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan pikap jenis Hyundai.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Wanita warga emas maut, dua cedera parah dalam nahas jalan raya.
(📸 ©sabahmedia.com)
Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemandu pacuan empat roda lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Papar.

"Bagaimanapun, pemandu gagal mengawal kenderaan tersebut lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan di mana ketika itu terdapat sebuah jip dari arah Papar menuju ke Kota Kinabalu.

"Pacuan empat roda melanggar jip tersebut dan menyebabkan penumpang wanita maut manakala pemandu kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan parah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Kamaruddin berkata lagi, kedua-dua mangsa yang parah dikejar ke Hospital Queen Elizabeth dengan menggunakan kenderaan orang awam dan ambulans.

"Mangsa yang maut pula dihantar ke hospital sama untuk tujuan bedah siasat.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya," katanya.

SOURCE: Laporan SH Oleh ASYIKIN ASMIN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم