MH370

Terkini
.

Fonomena Embun beku seakan Salji di Gunung Kinabalu

Pembentukan ais di puncak gunung kinabalu pagi tadi....patutlah sampai KB sejuk diaa...,...nda lama sdh nie kita mw jadi frozen...hihihi | foto oleh Mestianna Eil Indas
Embun beku seakan Salji di Gunung Kinabalu

Embun beku umpama salji Air kolam di puncak Gunung Kinabalu membeku disebabkan fenomena cuaca sejuk.

Laban Rata di Gunung Kinabalu dilaporkan diselaputi frost atau embun beku, menjadikan kawasan sekitarnya seperti bersalji.



Fenomena ini dilaporkan belum pernah direkodkan sebelum ini. Sehingga hari ini, fenomena itu dilaporkan masih kelihatan pada awal pagi.




Difahamkan, suhu di Laban Rata mencecah 0 darjah Celcius pada awal pagi sebelum meningkat kepada 15 dan 16 Celcius menjelang tengah hari.


“Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.


Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.

“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara.


Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.





“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

 

Putih seperti kapas


“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang.

Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.


“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.


“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.


Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.

 

Suhu bawah paras beku

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.



“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.


“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.


Fonomena Embun beku seakan Salji di Gunung Kinabalu Reviewed by admin Ucop on 9:20 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.