Sadis! Lelaki Bunuh Diri Di Centre Point Kota Kinabalu Sabah

Picture
Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu dipercayai telah membunuh diri.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pusat beli-belah 'port' bunuh diri

Mayat seorang lelaki telah ditemui mati di Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah.

SUDAH 3 kejadian bunuh diri berlaku sepanjang saya di sini,” kata Azizul Datung, 34, pemandu teksi yang sering menunggu penumpang di luar pusat beli-belah Centre Point, Kota Kinabalu.


Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 10 malam Isnin.

Pusat beli-belah enam tingkat itu sering menjadi lokasi tempat membunuh diri dengan pelakunya terjun dari kawasan parkir.

Menurut Azizul, dia bekerja sebagai pemandu teksi sejak tahun 2009 dan kejadian bunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan Centre Point memang banyak berlaku.


“Saya pertama kali melihat kejadian bunuh diri di Centre Point berlaku sekitar 2012 dan dipercayai seorang lelaki kurang siuman terjun dengan melakukan aksi ala ‘superman’ sebelum jatuh dan meninggal dunia.


“Kali kedua pula, seorang wanita terjun dari tingkat enam pada 2014, namun saya tidak sempat melihat mayatnya, tetapi hanya lihat kesan darah di hadapan pusat beli-belah ini.

“Kes ketiga dan terakhir berlaku pada 2016, lelaki dipercayai jatuh dari tingkat atas bangunan dengan berlumuran darah dan saya sempat melihat mayatnya berada tidak jauh kami menunggu penumpang teksi,” katanya.

Perangkaan Polis Sabah menunjukkan tekanan hidup di bandar dan masalah keluarga dipercayai antara punca utama kes cubaan bunuh diri di Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, pada 2015 hingga Julai 2018, sebanyak 39 kes bunuh diri manakala 46 kes cubaan bunuh diri direkodkan di negeri ini.

Sementara itu, pengawal keselamatan di pusat beli-belah terbabit, Zamal Bahari, 35, tidak menafikan kejadian bunuh diri memang sering berlaku di bangunan itu.

“Sejak dua tahun ini, kejadian seumpama itu sudah tidak berlaku apabila pihak pengurusan meletakkan pengawal keselamatan di setiap tingkat sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kejadian seperti itu berulang.

“Kami sentiasa memastikan orang awam tidak mendekati tembok dan meminta mereka menjauhi atau beredar supaya tiada lagi kejadian bunuh diri,” katanya.


Zamal berkata, dia tidak pernah menyaksikan kejadian bunuh diri kerana baru sahaja bekerja selama setahun setengah di pusat beli-belah itu, namun sering mendengar cerita daripada rakan yang pernah bekerja di Centre Point.

“Sejak pihak pengurusan menguatkuasakan supaya setiap anggota pengawal keselamatan membuat rondaan berhampiran tembok ini, sudah tiada kes itu berlaku,” katanya.

Tinjauan NSTP di kawasan berkenaan mendapati tembok dinding di kawasan parkir yang rendah dan tidak mempunyai penghadang mungkin memudahkan individu yang berhasrat untuk terjun di situ.

Pihak Sabahup2date juga turut menerima gambar kejadian menerusi inbox laman Facebook kami.


Bagaimanapun ini bukanlah merupakan kejadian bunuh diri yang berlaku di kawasan yang sama.


Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.