Jangan Percaya! Amaran Tsunami Sabah Yang Tersebar Di Laman Sosial Adalah Palsu - MET Malaysia

Jangan Percaya! Amaran Tsunami Yang Tersebar Di Laman Sosial Adalah Palsu - MET Malaysia

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KUALA LUMPUR: Berita khabar angin yang tersebar di lamana sosial mendakwa kononnya amaran tsunami dikeluarkan akan melanda beberapa negeri seperti Terengganu, Pahang dan Sabah susulan gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah pada Jumaat lalu.

Menurut Pengarah Pusat Gempa dan Tsunami, MET Malaysia, Dr Wan Azli Wan Hassan berkata, tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

"Laporan yang tersebar itu adalah palsu. Kejadian gempa bumi di Sabah itu berlaku di daratan berukuran 5.9 pada skala Richter.


"Ia hanya akan disusuli kejadian gempa bumi yang kecil iaitu berukuran antara 2.3 pada skala Richter," katanya dipetik Harian Metro.

Beliau menegaskan kejadian tsunami biasanya akan berlaku sekiranya berlaku gempa bumi di kawasan lautan dengan ukuran 6.5 pada skala Richter dan ke atas.

Picture
Salah satu khabar angin yang tersebar​.

"Jangkaan akan berlakunya tsunami itu sama sekali tidak benar dan palsu. Jika ada amaran kejadian itu pihak MET Malaysia akan segera memaklumkan perkara itu kepada semua pihak selain memuat naik status amaran itu di laman sosial agensi berkenaan," katanya.


Wan Azli meminta kepada mana-mana pihak supaya tidak meneruskan menyebar berita palsu berkenaan kerana ia akan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai di negara ini terutamnya penduduk Sabah yang baru dilanda gempa bumi.

"Orang ramai boleh melayari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) serta menghubungi pusat operasi kami bagi mendapatkan perkembangan lanjut," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.