Najib janji lawat kawasan gempa bumi Sabah Hari Selasa

Kickbola.net
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam catatan terbaharu di blog beliau, NajibRazak.com berkata beliau akan meninjau kawasan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah, esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2015.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Najib lawat kawasan gempa bumi Sabah esok

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan meninjau kawasan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah, esok.

"Insya-Allah, pagi esok saya akan ke Sabah untuk melihat kawasan kejadian gempa bumi," katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau, NajibRazak.com, hari ini.

Menurutnya bantuan kewangan dan perkhidmatan kaunseling turut akan disediakan kepada mereka yang memerlukan.

Najib berkata peruntukan akan disalurkan bagi membaik pulih infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat lepas (5 Jun) itu turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Setakat semalam (Ahad), 16 orang disahkan terkorban akibat gempa bumi itu manakala dua lagi mangsa belum ditemui.

Dalam pada itu perdana menteri berkata beliau telah menyampaikan memorandum kepada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia.

"Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Arab Saudi berjalan lancar. Saya telah menyampaikan memorandum kepada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia.

"Semoga hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi akan memudahkan lagi umat Islam di Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima," katanya.

Perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini melakukan lawatan rasmi 3 hari ke Arab Saudi mulai Sabtu lepas. – Bernama, 8 Jun, 2015.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.