Unit Dron Polis kesan 2 Kenderaan rentas daerah beli Durian ditahan di Sipitang

POLIS menggunakan dron untuk pemantauan SOP PKP di Sipitang.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





Sipitang: Dua kenderaan membawa muatan durian ditahan selepas gagal menunjukkan permit polis rentas daerah di Kampung Naluyan, di sini, semalam.

Kenderaan van penumpang dan lori berkenaan dipercayai bergerak dari Kota Kinabalu ke Sipitang hanya bertujuan untuk membeli durian.

Malah, mereka juga dipercayai merentasi daerah dengan cuba berselindung disebalik surat pengesahan sebuah agensi kerajaan.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, dua kenderaan berkenaan dikesan menerusi kerjasama Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah.

Katanya, pada awalnya, pergerakan dua kenderaan berkenaan berjaya dipantau di sebuah gerai menjual buah-buahan di tepi jalan berhampiran Pekan Sipitang

Picture
2 kenderaan berkenaan dikesan menerusi kerjasama Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah


“Hasil pemantauan awal, sekumpulan individu daripada dua kenderaan berkenaan dilihat berkumpul dan tidak memakai pelitup muka.

“Selepas itu, mereka ditahan untuk pemeriksaan ketika cuba melalui melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Naluyan,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Champin berkata, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati kedua-dua pemandu gagal menunjukkan permit polis rentas daerah yang sah dan mereka terus ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan terus dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, semua individu terbabit dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan merentas daerah tanpa permit polis dan menyalahguna surat pengesahan agensi kerajaan hanya untuk membeli durian di Sipitang.


Sementara itu, Champin berkata, sejak 15 Julai lalu, beberapa kampung di daerah ini diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Katanya, setakat ini, pihak Hospital Sipitang juga mengesahkan terdapat tiga kematian dilaporkan di Daerah Sipitang.

“Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 ini, IPD Sipitang menasihatkan masyarakat di daerah ini terus mematuhi SOP ditetapkan.


“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak keluar daripada rumah masing-masing dalam tempoh beberapa ini jika tiada urusan penting sehingga keadaan reda,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.