SABAH FA MUSIM 2015 : ROY O’DONOVAN TIBA DI KK, PENYERANG LYBIA AKAN MENYUSUL


BEKAS penyerang kelab dari Brunei, DPMM FC, Roy O’Donovan tiba di Kota Kinabalu petang tadi dan dijangka akan menyertai sesi latihan Sabah Rhinos mulai esok.

W
alaupun dikatakan menerima tawaran baik daripada beberapa pasukan lain termasuk JDT, pemain berusia 29 tahun dari Ireland itu dikatakan hadir ke Sabah selepas menerima jemputan daripada pengendali yang juga Pengurus Pasukan, George O’Callaghan.

Kehadiran bekas pemain Sunderland itu memberi lebih banyak pilihan kepada George bagi mencari penyerang berkualiti untuk digandingkan bersama El Hadji Diouf yang akan tiba di Sabah, petang esok.

Roy bagaimanapun bakal dicabar seorang lagi penyerang tinggi lampai dari Libya, Eamon Zayed, yang dijadualkan tiba di Kota Kinabalu, Khamis ini.


Penyerang berusia 31 tahun yang pernah mencipta nama sebagai antara penyerang digeruni dalam Liga Profesional Iran itu juga dijemput oleh George untuk diuji ketajamannya di bahagian serangan.

Sementara itu, selain perebutan antara Roy dan Eamon untuk menjadi gandingan Diouf, Sabah kini turut memiliki penyerang muda yang semakin meningkat, Leopold Alfonso Otong selain bekas penyerang Sime Darby dan Kedah, Shafiq Jamal telah bersetuju menyarung jersi Sabah, musim depan.

Sabah juga masih memiliki penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman yang masih ‘berjuang’ untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan beliau.

Post a Comment

أحدث أقدم