RANAU: Hujan lebat petang tadi mengakibatkan banjir lumpur berlaku di Kampung Mesilau di kaki Gunung Kinabalu dekat Kundasang, di sini.
SERAMAI 115 pekebun di Kampung Mesilau tidak dapat mengutip hasil selepas jambatan yang menghubungkan kebun mereka runtuh dan hanyut disebabkan banjir lumpur.
Banjir lumpur di Sungai Masilau 2 menyebabkan kerosakan jambatan dan memutuskan Perhubungan ke kawasan perkebunan.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 petang sebelum bomba menghantar sepasukan anggota ke beberapa lokasi bagi menjalankan pemantauan serta operasi memindahkan penduduk.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, banjir lumpur mengakibatkan jambatan utama bagi laluan kenderaan ke Pusat Dakwah Islam Kundasang terputus hubungan.
Katanya, keadaan sungai yang deras dan berlumpur menyukarkan bomba menyeberangi sungai dan melakukan operasi memindahkan mangsa.
Difahamkan, ketika ini, pemantauan dan bantuan memindahkan penduduk ke kawasan selamat masih dijalankan.
Jalan raya di kawasan Mesilou, Kundasang tidak dapat dilalui ketika ini akibat tanah runtuh dan kerosakan jambatan. Jalan ke Pusat Latihan Dakwah Kundasang dan Mesilau Resort juga terputus.
Jambatan di Kg Kauluan yang menghubungkan Sungai Mesilau turut musnah dilanda banjir.
Info yang kami terima, kerja-kerja pemindahan penduduk telah dijalankan untuk langkah berjaga-jaga.
Kerja-kerja pembersihan dan penyambungan jalan yang terputus sedang dijalankan.
15.06.2015: Kundasang. Bersama YB Dtk Dr Ewon Ebin (MP Ranau) memeriksa kerosakan akibat bencana alam gempabumi Ranau.
Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin melihat sendiri keadaan Sungai Mesilau yang dilanda banjir lumpur petang tadi. Semoga Datuk dapat mengambil tindakan yang terbaik buat rakyat di Parlimen Ranau semenjak kejadian bencana Gempa Bumi baru-baru ini.
Jabatan Mosilou putus hanyutan lumpur. AMARAN jalan ditutup bagi laluan ke Resort Mesilau. - Foto Edmund Samunting
Banjir lumpur di Sungai Masilau 2 menyebabkan kerosakan jambatan dan memutuskan Perhubungan ke kawasan perkebunan .
Melawat ke kawasan dan kebetulan terjumpa dengan MP Ranau Datuk Ewon Ebin . Semoga Datuk dapat Membantu menyelasaikan Masalah dengan segera - Sdr Japiril Suhaimin.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق