'Saya ada keluarga angkat'- Rizuan Kauhinin
Kami Sangat tersentuh dengan penghargaan dari Kerajaan Singapura terhadap Hero kita ini. Sudah pasti tempiasnya juga mengena kepada orang Sabah yang bekerja di Singapura.
Mereka Tiba di Lapangan Terbang Changi: Tiga Malim gunung yang telah membahayakan nyawa pendaki Gunung Kinabalu pada Insiden gempa 5 Jun 2015.
Mereka yang tiba malam kelmarin akan dijadualkan untuk bertemu dan disatukan dengan pendaki yang diselamatkan mereka di Sekolah Rendah Tanjong Katong, Singapura!
Malim Gunung Mahu Bawa Rakan Ke Singapura
Malim Gunung Mohd Rizuan Kauhinin, yang menjadi perhatian berikutan kejadian gempa bumi Gunung Kinabalu berharap rakan-rakan yang lain turut pergi bersama-sama dengannya ke Singapura.Mohd Rizuan, menjadi terkenal apabila gambar dia mendukung seorang pelajar Singapura menjadi viral di laman sosial, memberitahu bahawa dia menerima undangan daripada beberapa pihak untuk ke Singapura bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak itu.
"Saya mahu pergi ke Singapura, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian apabila keadaan di sini reda," katanya.
Bagaimanapun Mohd Rizuan berkata beliau tidak mahu pergi seorang diri.
"Saya mahu pergi dengan dua rakan saya yang turut membantu membawa kanak-kanak itu turun," katanya, menjelaskan bahawa dia bersama dua kawan yang lain bergilir-gilir membawa kanak-kanak itu turun ke kaki gunung.
Mohd Rizuan menambah bahawa malim gunung perlu diberikan layanan yang sama kerana mereka juga membantu dalam misi mencari dan menyelamat.
"Saya bukan orang yang penting, rakan-rakan saya juga bekerja keras pada hari gempa bumi untuk membawa mangsa ke bawah.
"Malah, ada antara mereka yang meninggal dunia dan saya tidak tahu mengapa perhatian diberikan kepada saya sahaja," katanya.
Mohd Rizuan, yang masih trauma dengan gempa bumi itu, berkata, hingga kini dia sendiri tidak tahu siapa yang merakam gambar tersebut.
"Kami melakukan perkara itu kerana ingin menyelamatkan nyawa, bukan kerana wang atau populariti," katanya.
Kata Rizuan, dia juga tidak selesa dengan semua publisiti dan perhatian yang diberikan kepadanya.
Mohd Rizuan adalah antara ratusan malim gunung dan penduduk kampung yang menawarkan diri untuk ke lokasi gempa bumi untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas di atas gunung itu selepas gempa bumi 5.9 magnitud yang mengorbankan 18 orang di Gunung Kinabalu.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق