Gempa Sabah: Linangan Air Mata Ibu Di Bilik Mayat
KOTA KINABALU: Linangan air mata waris mengiringi proses mengenal pasti mayat orang tersayang yang meninggal dunia dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu.
Harapan bertukar kepada rasa kecewa dan keluarga mangsa datang dengan keadaan terpaksa menerima hakikat bahawa orang yang mereka sayangi pergi buat selamanya.Sambil menyapu air matanya menggunakan tuala, Joannes berkata, dia bangga dengan anaknya yang juga merupakan malim gunung, Valerian.
Joannes, 55, penduduk Kampung Bundu Tuhan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu berkata, dia mendapat tahu kematian anaknya berusia 28 tahun itu disifatkan sebagai seorang pahlawan.
“Saya gembira kerana dia meninggal dunia sebagai seorang wira,” katanya, dia menambah Valerian sudah cuba melakukan yang terbaik dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di atas gunung.
Joannes berkata, dia diberitahu rakan-rakan bahawa Valarian menjadi penyelamat kepada pelajar-pelajar Singapura yang terkandas.
“Saya diberitahu Valarian cuba menyelamat dan melindungi pelajar-pelajar Singapura daripada batu-batu yang terjatuh, namun malangnya tali terputus,” katanya.
Valerian merupakan anak keempat daripada 10 orang adik beradik dan merancang untuk berkahwin pada November depan.
Tunangnya, Jessica Veronica Sikta, 25, menulis di laman sosial Facebook bahawa dia sedang cuba menerima hakikat kematian lelaki itu.
“Bangun dan menyedari bahawa awak telah pergi selama-lamanya dan itu membuatkan saya sakit, sayang,” ujarnya.
“Saya sedang cuba untuk terima hakikat kematian bakal suami tersayang yang pergi buat selama-lamanya,” tambahnya di Facebook.
Joannes bercakap kepada media, manakala ahli keluarga yang lain berada di bilik mayat bagi menunggu bedah siasat yang sedang dijalankan.
Dia tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 9 pagi, selain itu beberapa keluarga mangsa daripada Singapura turut berada dalam keadaan sedih menunggu di bilik berasingan.-MS.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق