Mayat mangsa Gempa Sabah warga Singapura dituntut keluarga

Kickbola.net
Gempa Sabah: Mayat mangsa warga Singapura dituntut keluarga
Gempa Sabah: Mayat mangsa warga Singapura dituntut keluarga

KOTA KINABALU: Jurupandu warga Singapura, Muhammad Danish Amran, 22, mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Ranau Jumaat lepas dituntut anggota keluarganya pada Ahad. 

Mayat jurupandu yang tiba di Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Queen Elizabeth (HQE) semalam untuk bedah siasat itu dituntut sendiri oleh ayahnya.


Menurut Syamsuddin Yusuf, 56, kenalan rapat kepada ayah mangsa, keluarga itu dimaklumkan bahawa anak mereka Danish telah terkorban dan dibawa ke HQE jam 10 malam pada Sabtu.


Katanya, ayah mangsa tiba di HQE kira-kira 12.30 tengah hari tadi untuk proses pengecaman mayat dan dokumentasi.

Syamsuddin ketika dihubungi Bernama sebentar tadi berkata mayat mangsa akan diterbangkan ke Singapura pada 9 malam ini dan dikebumikan pada Isnin.

Bagaimanapun katanya waktu pengebumian belum dapat dipastikan bagi membolehkan adik-beradik mangsa yang berada di luar negara melihat jenazah sebelum dikebumikan.

Dua mayat mangsa gempa bumi berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di Laban Rata Gunung Kinabalu pada Ahad. - fotoBERNAMA


Sementara itu, tinjauan Bernama setakat jam 8.19 malam tadi mendapati kesemua tujuh mayat warga Singapura termasuk mayat Peony Wee Ying Ping, 12, seorang daripada pelajar Tanjong Katong Primary School (TKPS), Singapura telah dituntut dan dihantar ke negara asal menggunakan Air Force Singapura hari ini.


Mayat Valerian Joannes, 27, warga tempatan dan merupakan pemandu pelancong kepada pelajar dan guru dari TKPS telah dituntut keluarganya petang tadi dan dibawa pulang ke kampung Bundu Tuhan, Ranau untuk dikebumikan.



Post a Comment

أحدث أقدم