Gunung Maria di Tawau merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif
Gunung Maria merupakan sebuah gunung berapi pendam yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia.Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,096 meter. Ia adalah daripada jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "PreHolecene" iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12,000 tahun (keatas).
Gunung Maria terkelompok berhampiran dengan Gunung Lucia, dan Gunung Magdalena yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah.
Selain Gunung Maria, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.
Gunung berapi tunggal di Malaysia ditemui di dalam Lingkaran Gunung Berapi di Semenanjung Semporna dan terletak di Tawau Hills National Park di Sabah.
Gunung Bombalai mempunyai kawah 300 meter lebar dengan ketinggian 531 meter bersamaan 1742 kaki dan dua aliran lavanya mengalir ke dataran pantai yang berdekatan.
Malaysia memiliki gugusan gunung berapi, itu adalah fakta yang tidak mungkin anda temui di dalam buku teks di sekolah. Hanya kajian lanjut diperingkat pengajian tinggi mendedahkan perkara ini.
Semenanjung Semporna bertapak di atas gugusan lapisan tebal batuan yang mengalir di bawahnya aliran lava dan batuan gunung berapi.
Kajian topography menunjukkan kawasan di bahagian Tenggara, Sabah itu meliputi pergunungan Andrassy, Lucia, Maria, Wullersdorf dan Magdalena terbentuk mengunjur dari gugusan gunung berapi dari rantau Sulu, Filipina.
Gunung ini diberi nama Gunung Maria, dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif terletak di wilayah Bombalai, dalam daerah Tawau dengan ketinggian 1,067 meter dari aras laut.
Gunung Maria adalah jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "Preholecene" iaitu berusia melebihi 12,000 tahun.
Terdapat banyak gunung dan bukit kecil di dalam gugusan gunung berapi di Tawau termasuklah Bukit Gemok.
Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam disamping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396m dari aras laut.
Senarai bukit dan gunung yang berada dalam gugusan ini di daerah Tawau termasuklah:-
- Gunung Tiger
- Gunung Bombalai
- Gunung Andrassy
- Gunung Maria
- Gunung Lucia
- Gunung Magdalena
- Quion Hill
- Gunung Wullersdorf
- Gunung Tagasan
- Gunung Glas
- Tengah Hill
- Kukusan Hill
Gunung berapi tidak aktif berhampiran Semporna ialah Gunung Pock dan Gunung Conner.
Pulau Boheydulong dan Pulau Tetagan dekat Semporna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif.
Gunung Magdalena berketinggian 1,208 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.
Sumber http://geology.um.edu.my/gsmpub…/BGSM/bgsm56/bgsm2010012.pdf
Merungkai Gunung Maria Tawau Sabah ~ Pernah Meletus Ribuan Tahun Yang Lepas
Gunung Berapi Maria ini merupakan gunung berapi pendam. Apa yang dimaksudkan dengan Gunung Berapi Pendam? Ia dimaksudkan dengan gunung yang meletup suatu ketika dahulu dan akan meletup lagi pada masa hadapan. Tetapi bagaimana pula keadaan dengan Gunung Maria di Tawau ini? Adakah ianya akan meletuskan letupan atau bagaimana? Kita akan rungkaikan sebentar lagi. Teruskan pembacaan.Lokasi bagi gunung berapi ini adalah 24 kilometer dari Bandar Tawau. Gunung ini terletak didalam kawasan Taman Bukit Tawau, Sabah. Taman Bukit Tawau merupakan sebuah kawasan hutan simpan yang diwartakan dan kawasan ini meliputi 279.72 km per segi. Gunung ini meliputi keluasan sepanjang 28 hektar dengan dikelilingi hutan yang tebal. Gunung ini berketinggian 1087 meter dari aras laut.
Pintu Masuk Taman Bukti Tawau
Jika melihat pada peta (Google Maps), dapat dilihat bentuk puncak gunung itu seperti kawah gunung berapi. Kawah gunung tersebut tidak dapat kelihatan apabila melakukan pendakian atas sebab dikelilingi dengan kawasan hutan yang tebal. Gunung ini bersambung dengan beberapa gunung lain seperti Gunung Lucia dan Gunung Magdalena.
"Screenshot pemandangan Gunung Maria"
Selain Gunung Maria, terdapat beberapa lagi gunung lain yang pernah menjadi gunung berapi kuno di Tawau iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukti Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.
Keadaan lokasi di Gunung Maria digambarkan mempunyai pohon sebesar gergasi serta binatang liar dan jejak kaki seperti gajah, landak, rusa dan lain-lain. Gunung Maria berpotentsi menjadi lokasi eko pelancongan di Tawau. Gunung berapi pendam itu dapat menarik minat para pencint alam untuk menerokainya.
Keadaan Muka Bumi
Dari sudut geografi kawasan Pergunungan Gunung Maria ini, berlaku kebanyakan aktiviti manifestasi geoterma. Manifestasi Geoterma dapat didefinisikan sebagai kawasan yang mempunyai suhu yang tinggi seperti mata air panas, periuk lumpur, kolam lumpur dan lain-lain. Aktiviti ini berlaku di sekitar puncak Gunung Maria atau dikawasan yang dikelaskan sebagai kawasan Apas kiri, Kolam Air Panas Balung, Hulu Tawau dan Tawau.Aktiviti gunung berapi di Tawau melibatkan batu piroklastik. Batu piroklastik adalah batu klastik yang terdiri daripada bahan-bahan vulkanik tunggal atau sebahagian besar daripada lava. Hal ini terjadi apa bila sumber batuan daripada letusan gunung berapi telah dibawa melalui aktiviti tindakan mekanik seperti angin atau air. Batu-batuan ini disebut volkanisklastik.
Tekstur Batu Piroklastik
Batu yang dihasilkan oleh piroklastik terdiri daripada abu vulkanik, rapili, abu, breccia dan tuff. Zaman batu gunung berapi adalah dari Miosen hingga Quaternary. Gunung berapi pliocene berlaku di pergunungan. Penyelidikan petrologi awal pada batu vulaknik dilaporkan sifat fizikal dan kimia tanah gunung berapi pada tahun 2006.
Tawau ada Gunung Berapi @ Volkano.
Mungkin agak mustahil jika ada orang berkata di Malaysia ada gunung berapi. Tapi itulah realitinya.Di Malaysia memang ada bekas gunung berapi yang sudah berusia kira-kira 27,000 tahun.
Gunung berapi ini terletak di Bombalai di daerah Tawau Sabah. Nama gunung ini adalah Gunung Maria dengan ketinggian 1,067 meter dari paras laut.
Ia adalah daripada jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "PreHolecene" iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12,000 tahun (keatas).
Gambar di atas adalah batu volkanik yang di temui di Niram Nek Legek Sungai Balung Tawau berdekatan dengan perkampungan suku kaum Cocos.
Disinilah satu-satunya lokasi di Malaysia yang anda boleh melihat sendiri didepan mata anda formasi Columnar basalt atau Pillow lava yg terhasil jutaan tahun lampau bila aliran lava lurus menaik ke atas daripada dasar lautan.
Struktur semulajadi sebegini terbentuk apabila lava basalt mula menyejuk pada dasar lautan.
Proses penyejukan menyebabkan batuan meretak membentuk turus memanjang secara heksagonal.
Proses ini hanya berlaku pada lantai lautan jutaan tahun lampau.
Proses ini masih berlaku pada lantai lautan terutama pada lantai lautan Atlantik pada rabung/permatang tengah lautan (MOR).
Batuan basalt ini terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu gunung yang tertinggi di Tawau yang terletak di kawasan Taman Bukit Tawau (Table).
Batu jenis ini juga tidak ditemui di mana-mana kawasan di Malaysia, hanya terdapat di Tawau menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang telah datang meninjau bagi mengesahkan keunikan batu tersebut.
Sekali melihat dan mengetahui terdapat bekas gunung berapi di Tawau, sedikit agak menakutkan.
Maklumlah sebelum ini umum mengetahui negara ini bebas daripada lingkaran api atau gunung berapi tetapi hakikatnya ia pernah terjadi sejak ribuan tahun dahulu.
Namun, sebagai warga Tawau, kita harus berbangga kerana dapat menyaksikan dan mengalami kejadian batu unik ini dan pasca fenomena ini secara tidak langsung. - Penulisan Asal Razuha
Sesar Aktif di Malaysia
Sesar aktif ialah sesar (fault) yang mempunyai kecenderungan sebagai punca kepada berlakunya gempa bumi pada masa akan datang.Sejak dari bangku sekolah, pastinya kita warga Malaysia pernah diajarkan bahawa negara kita bebas daripada gempa bumi dan gunung berapi disebabkan jauhnya Malaysia daripada Lingkaran Api Pasifik. Tetapi sejak beberapa dekad, nampaknya Malaysia bukan lagi sebuah negara yang bebas gempa.
Kemuncak perkara ini ialah tragedi gempa bumi Ranau yang memusnahkan sebahagian kecil Gunung Kinabalu dan mengorbankan sejumlah nyawa beberapa tahun lalu. Semenjak tragedi itu, Malaysia dikenal pasti mempunyai sejumlah besar sesar aktif yang 'boleh' mengakibatkan gempa pada masa akan datang, sama ada di Sabah, Sarawak ataupun di Semenanjung Malaysia.
SESAR ITU APA?
Sesar, dalam bahasa mudahnya ialah satu rekahan yang terbentuk apabila dua plat daratan bergerak menjauhi, mendekati atau bergeser.
Makna kata, bila mana ada gegaran yang bersumber di bawah kerak bumi, sesar aktif inilah yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk 'bergerak' atau bergeser lalu menyebabkan gempa di permukaan. Seharusnya kajian mendalam tentang sesar aktif di Malaysia perlu dilaksanakan kerana ia mampu menjadi panduan kepada pembangunan, zon keselamatan dan sebagainya.
Sabah Pernah Alami Tidak Kurang 80 Kejadian Gempa Bumi Sejak 1897
Sabah, terutamanya di kawasan utara dan timur laut negeri itu, telah mengalami tidak kurang 80 kejadian gempa bumi sejak 1897, dengan kejadian terbaru yang berlaku Jumaat.Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Dato' Yunus Abd Razak berkata gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, yang berpusat 16km dari bandar Ranau, pukul 7.15 pagi itu adalah yang terkuat direkodkan setakat ini, bagi Sabah dan Malaysia.
Magnitud bagi kesemua gempa bumi yang direkodkan sebelum ini adalah berjulat dari 3.6 hingga 5.8 pada skala Richter, yang berlaku di Lahad Datu pada 1976. "Berdasarkan kedudukan pusat gempa yang diplot di atas peta seismotektonik Malaysia, ia dipercayai dicetuskan oleh Sesar Aktif Lobou-Lobou yang berjurus lebih kurang 20 darjah utara," katanya.
Yunus menjelaskan pusat gempa bumi berkedalaman 10 kilometer, terletak dalam zon sesar utama rantau Crocker Fault Zone (CFZ) yang berjurus timur laut-barat daya iaitu di sepanjang laluan yang menganjur dari Tenom sehingga ke Teluk Marudu.
Gegaran gempa bumi itu dirasai juga di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Ditanya kemungkinan kejadian seumpamanya berlaku pada masa akan datang, Yunus berkata gempa bumi adalah satu kejadian yang tidak boleh diramal bila, di mana dan pada skala berapa ia akan berlaku.
"Bagaimanapun, berdasarkan aktiviti tektonik dan sesar aktif di Sabah, kejadian gempa bumi mungkin boleh berlaku lagi di masa hadapan," katanya.
Bagi Semenanjung, kemungkinan gempa bumi boleh berlaku tetapi berdasarkan faktor geologi, keadaan di Semenanjung dilihat lebih stabil dan selamat.
Beliau berkata susulan gegaran hari Jumaat, JMG Cawangan Sabah menjalankan kerja-kerja menilai dan merekodkan kesan gempa berkenaan.
Sementara itu, pakar Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan bersependapat dengan Yunus bahawa di kawasan Ranau dan Lahad Datu sememangnya ada sesar aktif yang bergerak.
"Lazimnya kalau disebabkan oleh sesar, dan bila berlaku gegaran susulan, itu adalah gegaran yang agak lemah dan juga sederhana.
"Jadi kita tidak perlu khuatir dengan gerakan atau gempa bumi susulan kerana biasanya ia berlaku secara kadang-kadang dan kita tak rasa pun," katanya.
Mengakui fakta berkenaan, Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar MPN, Prof. Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata kawasan Ranau dikenal pasti kawasan aktif gempa bumi dan telah ada sekitar 10 kejadian gempa bumi direkodkan di Sabah dalam beberapa tahun terakhir ini.
"Kebanyakannya berukuran tiga hingga lima pada skala Richter... gempa kali ini adalah yang terbesar pernah direkodkan. Ini merupakan bukti yang jelas kawasan ini merupakan zon aktif tektonik. Ia juga berkaitan dengan zon aktif gempa di Sulawesi.
"Akan berlaku lagi gempa pada masa akan datang. Pembangunan di kawasan berhampiran pusat gempa dan zon sesar aktif perlu mengambil kira impak gempa," katanya.
Ahli-ahli geologi juga mentaksirkan Gunung Kinabalu masih aktif mengalami pengangkatan pada kadar beberapa milimeter (mm) setiap tahun.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abd. Malik Tussin percaya tiada gempa bumi berskala besar yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.
"Gempa bumi berlaku kerana tekanan dalam bumi yang semakin tinggi di mana dalam satu ketika bila tak boleh tahan, ia meletup... jadi lepas ini ia akan ambil masa bertahun-tahun untuk kumpulkan tenaga.
"Setakat ini keadaan di Sabah masih terkawal dan tidak membimbangkan," katanya.
Sabah berisiko terima tempias gempa Lingkaran Api Pasifik
BERADA di luar Lingkaran Api Pasifik, Malaysia sepatutnya tidak perlu resah dengan kemungkinan berdepan gempa bumi yang kesannya melangkaui batas pemikiran, terutama peningkatan angka korban.Bagaimanapun, jangkaan itu sedikit meleset kerana berdasarkan pakar seismologi, beberapa negeri di Malaysia, terutama Sabah adalah paling berisiko dilanda fenomena alam berkenaan.
Terletak kira-kira 1,087 kilometer dari Filipina, kedudukan Negeri di Bawah Bayu itu cukup hampir untuk menerima tempias gegaran seismik dihasilkan titik dalam Lingkaran Api Pasifik.
Dipisahkan Selat Melaka, Laut Andaman dan kepulauan Sumatera, risiko Semenanjung dilanda gempa bumi lebih tipis berbanding Sabah. Malah, kedudukan strategik geografi Malaysia Barat seolah-olah terlindung daripada sebarang gegaran yang lazimnya berpusat di luar persisiran Lautan Hindi.
Hanya beberapa lokasi di Semenanjung seperti Bukit Tinggi dan Kuala Pilah yang mengalami gegaran kecil berikutan gempa bumi di sekitar kepulauan Sumatera.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul, berkata gempa bumi berskala Richter 5.9 yang melanda Ranau, manakala gegarannya turut dirasai hingga Kota Belud, pagi Jumaat lalu itu sudah dijangka.
GAMBAR RAJAH menunjukkan kawasan pusat gempa bumi di bahagian gunung yang menghadap daerah Kota Belud iaitu pada kedalaman kira-kira 10 kilometer di perut bumi.
Katanya, jangkaan bersandarkan kitaran seismik setiap 25 tahun itu, antara lain berpandukan rekod terdahulu kerana tenaga tersimpan dalam kerak tektonik selalunya meletus mengikut sela masa tersendiri.
"Gempa bumi terakhir melanda Ranau dan Kundasang adalah tahun 1991 dengan magnitud 5.1, justeru gempa berikutnya dijangkakan berlaku pada 2015.
"Berdasarkan kitaran seismik ini, gempa bumi seterusnya akan berlaku 25 tahun daripada sekarang, iaitu pada tahun 2039 dengan kemungkinan kekuatan gegaran yang sama," katanya.
Gempa bumi terkuat di Malaysia sebelum ini direkodkan di Lahad Datu, Sabah pada 1976 yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan struktur bangunan.
Gempa berukuran 6.2 skala Richter pada kedalaman 33 kilometer yang menggegarkan Lahad Datu jam 10.56 pagi itu turut dirasai penduduk di Semporna, Sandakan, Kundasang, Tawau dan Tarakan (wilayah utara Kalimantan).
Kejadian kali ini adalah gempa bumi paling kuat di Sabah selepas gempa bumi 5.9 pada skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.
Gegaran pada jam 7.15 pagi ketika sebahagian penduduk Ranau dan kawasan sekitarnya masih lena diulit mimpi ternyata mengimbau igauan yang berlaku 39 tahun lalu, sekali gus menandakan kerajaan perlu merangka pelan komprehensif untuk menghadapi kesan gempa bumi di Malaysia.
Rekod gempa bumi sejak tahun 1973 – 2013 di Indonesia menunjukkan hampir ke semua wilayahnya berlaku gegaran.
Gempa bumi di Malaysia
1991
- Ranau, Sabah berukuran 5,1 skala Richter
- Meranapkan struktur bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang.
1976
- Lahad Datu, Sabah berukuran 6.2 skala Richter
- Balai polis setinggi empat tingkat yang dalam pembinaan dan hampir siap runtuh dalam sekelip mata.
29 April 2009
- Manjung, Perak berukuran 2.8 skala Richter
27 Mac 2009
- Jerantut, Pahang berukuran 3.2 skala Richter.
- Kesannya turut dirasai beberapa lokasi di Jerantut iaitu Felda Sungai Tekam Resort, Sungai Tekam Utara dan Sungai Tekam Getah.
- Selain itu, gegaran juga berlaku di sekitar Felda Gelanggi iaitu Kota Gelanggi dan Felda Wilayah Jengka.
1 Februari 2014
- Ranau, Sabah berukuran 4.8 skala Richter.
24 Oktober 2014
- Pulau Banggi, dekat Kudat, Sabah berukuran 4.4 skala Richter
Kekerapan gempa bumi di Sabah
- 98 gegaran sejak 1966 hingga 2014.
- 15 pusat gempa bumi direkodkan di Ranau sejak 1966 hingga Jumaat lalu.
Statistik gempa di seluruh dunia
- Secara purata, kira-kira 11 juta gempa bumi berlaku setiap tahun.
- Daripada jumlah itu, lebih 150,000 gempa bumi berskala tinggi atau dahsyat direkodkan setiap tahun.
- Gempa bumi kuat berupaya membebaskan tenaga sehingga 10,000 kali ganda ledakan bom atom Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.
- 80 peratus gempa bumi berlaku di negara dalam Lingkungan Pasifik.
LOKASI gunung berapi prasejarah yang terdapat di sekitar Tawau dan Semporna, Sabah. – Sumber Dr. Felix Tongkul, Pensyarah Sains Seismik UMS
Negara Miliki Gunung Berapi PraSejarah, Pelihara khazanah
GUNUNG Maria yang terletak 24 kilometer dari bandar Tawau dalam kawasan Taman Bukit Tawau, Sabah mendapat perhatian netizen baru-baru ini, sehinggakan sekumpulan pendaki sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk melakukan penyelidikan di gunung itu. Sekitar gunung itu meliputi keluasan 28 hektar hutan yang tebal.
Gunung Maria tak akan meletus
Jika diteliti pada peta, kita dapat melihat bentuk puncak gunung itu kelihatan seperti kawah gunung berapi yang diliputi hutan tebal.
Aktiviti volkanik terakhir di gunung setinggi 1,096 meter itu berlaku kira-kira 27,000 tahun lampau. Selain Gunung Maria, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.
Menurut Pensyarah Sains Gempa Bumi Universiti Malaysia Sabah, Dr. Felix Tongkul (gambar), gunung tersebut kini sudah mati dan tidak akan meletus lagi pada masa depan.
Ini kerana katanya, aktiviti gunung berapi di bahagian timur Sabah telah bergerak ke arah kepulauan Sulu di Filipina.
Kawasan Manifestasi Geoterma di Tawau
“Selain di Tawau, ada juga bekas gunung berapi purba yang hampir tenggelam di perairan Semporna iaitu di Pulau Gaya dan Pulau Bohey Dulang,” katanya kepada S2.
Felix berkata, terdapat banyak mata air panas yang mengeluarkan haba dari kawasan gunung itu, namun keadaan itu tidak akan mencetuskan semula letusan gunung berapi pada zaman moden kini.
“Mata air di kolam air panas itu berpunca daripada rekahan di dalam bumi. Memang ada sisa-sisa haba tertinggal di sekitar gunung itu, tetapi keadaan itu tidak akan ‘menghidupkan’ semula gunung berapi yang telah lama pendam itu,” katanya.
Batu Bersusun Kampung Balung Cocos, Tawau
Pelihara khazanah Gunung Maria
TERLETAK di ketinggian 1,096 meter, Gunung Maria berpotensi untuk dibangunkan sebagai lokasi ekopelancongan terbaharu di Tawau, Sabah. Berbekalkan kisah sejarahnya yang menarik, sudah tentu kehadiran gunung berapi pendam itu mampu menarik kedatangan pencinta alam untuk menerokanya.Walaupun tiada kawah dapat dilihat, namun pengalaman mendaki ke puncak Maria yang pernah memuntahkan lahar tentunya mengujakan. Ini diakui sekumpulan sukarelawan yang mengadakan ekspedisi bagi tujuan mendokumentasikan keunikan khazanah alam di pergunungan itu pada 25 Februari hingga 5 Mac 2016.
Salah seorang anggota ekspedisi, Nik Khairul Amri, berkata, ekspedisi itu bertujuan mengumpul data berkaitan khazanah hutan di Gunung Lucia, Gunung Magdalena dan Gunung Maria yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah.
Menurutnya, ekspedisi yang diketuai oleh Laili Basir itu turut membawa jurugambar profesional bagi merakamkan gambar flora dan fauna di sepanjang laluan mendaki ke puncak gunung tersebut.
“Kami mengambil masa lima hari bagi menamatkan ekspedisi. Antara lain, misi ekspedisi adalah mendokumentasikan khazanah alam sebelum hutan sekitarnya musnah dek pembangunan,” katanya kepada S2.
Beliau melahirkan kebimbangan kerana terdapat dua projek yang boleh menjejaskan ekosistem gunung tersebut.
“Kami dapati terdapat projek geothermal bagi menjana tenaga elektrik di kaki gunung, selain projek empangan yang sedang dalam perancangan.
“Kami bimbang jika pembangunan tidak dikawal, ia akan merosakkan khazanah alam yang tersimpan di gunung tersebut,” katanya.
Ekspedisi ini dianjurkan oleh Hugs Project dengan kerjasama sukarelawan dari Persatuan Malim Gunung Malaysia dan Luar Biasa Photography.
Batu Bersusun Kampung Balung Cocos, Tawau
Dalam pada itu, Nik Khairul berkata, beliau difahamkan saiz kawah Gunung Maria adalah dua kilometer persegi.
Katanya, semasa mendaki, mereka dapat melihat susunan pokok yang menunjukkan kawasan kawah terletak di situ.
“Semasa kami berdiri di satu lereng, kami nampak pokok di situ ‘berdiri’ dalam kedudukan yang memperlihatkan bentuk seperti kawah. Apabila disemak melalui Google Earth, kami dapati kawasan itu adalah bekas kawah yang pernah memuntahkan lahar satu ketika dahulu,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi sukarelawan, Mohammad Mohammad Salleh, berkata, misi mendokumentasikan gunung berapi pendam itu juga dilakukan dari sudut ekopelancongan dan geopelancongan.
Menurutnya, dalam ekspedisi itu, mereka menemui pokok bersaiz ‘gergasi’ serta haiwan liar dan tapak kaki seperti gajah pigmi, landak, kijang dan harimau kumbang.
“Tiada aktiviti pembalakan di hutan ini menyebabkan saiz pokok di sini sangat luar biasa besarnya,” katanya.
Batu Bersusun Kampung Balung Cocos, Tawau
Mengulas mengenai pendakian, katanya,laluan ke puncak Gunung Maria dirintis oleh mereka.
“Kami buka laluan mendaki dari puncak Lucia ke puncak Maria. Laluan ke puncak Lucia sudah dibuka kepada pendaki pada 2008, tetapi tidak ramai yang tahu mengenainya,” katanya.
Negara Miliki Gunung Berapi PraSejarah
UMUM mengetahui Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik. Fakta itu jelas menunjukkan tidak wujud gunung berapi aktif di negara ini.
Aktiviti seismik yang dikaitkan itu adalah beberapa siri kejadian gempa bumi di beberapa kawasan di Malaysia, antaranya di Pahang, Kedah dan Sabah.
Namun sejak kebelakangan ini, ada blogger dan netizen mencetuskan pendapat mengatakan Malaysia berisiko diancam bencana letusan gunung berapi. Dikatakan akan muncul gunung berapi di Pahang dan Sabah. Ancaman itu dipercayai boleh berlaku berdasarkan fakta terdapat gunung berapi prasejarah di kedua-dua negeri tersebut. Gunung berapi itu dikatakan wujud berjuta tahun lampau dan statusnya boleh bertukar kepada aktif disebabkan faktor aktiviti seismik di dalam perut muka bumi yang berlaku sekarang di negara ini.
Benarkah tanggapan itu? Bagi menjawab persoalan tersebut, S2 mendapatkan pandangan pakar geologi dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, Prof. Dr. Mustaffa Kamal Shuib bagi merungkai bagaimana sejarah gunung berapi dikaitkan dengan Malaysia.
Menurutnya, memang benar terdapat beberapa kawasan di Malaysia pernah mempunyai gunung berapi tetapi letusan itu berlaku ratusan juta tahun lalu. Justeru, apa yang tinggal hari ini adalah sisa gunung berapi yang telah lama mati.
Katanya, lokasi gunung berapi paling muda dan terakhir pernah meletus di negara ini dipercayai terletak di Kuantan, Pahang.
“Sehingga hari ini, terdapat kesan batuan volkanik jenis basalt di pantai Batu Hitam, Kuantan, manakala punca kawah yang meletuskan lahar pula dipercayai terletak berdekatan pesisir pantai yang kini dikenali sebagai Damansara Kuantan,” katanya.
Beliau berkata, proses hakisan dan enapan yang memakan masa jutaan tahun menyebabkan kawah gunung berapi itu tidak lagi kelihatan.
Katanya, selain Kuantan, lokasi lain seperti Segamat (Johor), Gerik (Perak) dan Gua Musang (Kelantan) juga mempunyai batuan volkanik yang dipercayai hasil daripada letusan gunung berapi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, Mustaffa Kamal berkata, dakwaan blogger dan netizen mengenai kejadian gempa bumi di Malaysia sejak akhir-akhir ini mampu mengaktifkan semula gunung berapi purba adalah tidak berasas, terutama di Gunung Tahan dan Kinabalu.
“Gunung Tahan dan Kinabalu adalah gunung yang terbentuk daripada proses enapan dan batuan plutonik yang terhasil daripada proses pergerakan magma yang membeku dan tidak sempat mengalir keluar ke permukaan bumi melalui lohong gunung berapi,” katanya.
Sementara itu, katanya, sejak 1997, kejadian gempa bumi di negara ini berlaku akibat gegaran yang tercetus di Lingkaran Api Pasifik. Terbaharu gempa bumi berukuran 6.0 Skala Ritcher pada 5 Jun 2015 di Sabah mengorbankan 19 orang.
“Untuk makluman, Semenanjung berada di atas kerak bumi yang dinamakan Plat Sunda. Plat ini dihimpit Plat Indo-Australia di sebelah selatan pada kadar tujuh sentimeter setahun.
“Sementara itu, Plat Filipina-Pasifik pula menghimpit Sabah dan Sarawak pada kadar 10 sentimeter setahun,” katanya.
Namun katanya, plat yang menjunam ke bawah Plat Sunda tidak sampai tahap boleh menghasilkan letusan gunung berapi.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment