Tutorial Cara Semak & Bayar Bil SESB Online via Online Banking

Kickbola.netSekarang anda boleh menikmati kemudahan mendapatkan maklumat bil di hujung jari anda!
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
Cara Bayar Bil SESB Online via Maybank2u

Tutorial kali ini saya akan kongsikan bagaimana membayar Bil Elektrik SESB secara Online menggunakan Maybank2u.

Tahukah anda selain pembayaran secara tunai, anda juga boleh membayar dan menyemak jumlah bil elektrik anda melalui aplikasi Online Customer Service (OCS) SESB. Amat mudah !

Cara ini lebih kurang sama sahaja seperti pembayaran bil menggunakan perbankan internet lain iaitu CIMB Clicks atau RHBnow. Membayar bil secara Online lebih mudah kerana anda hanya memerlukan capaian internet sahaja.




Tidak perlu lagi memandu ke pejabat SESB atau ke Mesin SESB Kiosk Payment. Semua di hujung jari Guys.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di lakukan.


Langkah 1:
Login ke akaun OCS SESB anda .
(link untuk melihat amaun bill anda serta membuat pembayaran secara online)
SESB menyediakan semakan bil eletrik secara online. Kamu boleh semak bil terus. Register dulu, baru dapat tengok jumlah bil.


1.Daftar masuk (email mesti aktif sebab pengesahan link masuk ke email anda).

2.Password ( contoh: Makiah@100) huruf Besar dan kecil,nombor serta special character £&@.

3.Ulang semula password.

4.No Account bill anda  ( 12345678 )tanpa kod stesen.(boleh lihat sebelah atas bill atau sebelah bawah pada bill lama).

5.Masukkan IC number.(registered customer only)

6.klik ✅ pada agree for term and condition.

7.klik butang SUBMIT

8.Lihat pada email anda link pengesahan dan klik link berwarna biru.



Langkah 2:
Login ke akaun maybank2u anda


Klik pada bahagian PAY & TRANSFER




Langkah 3:

Taip Sabah Electricity Sdn Bhd pada pilihan menu PAY TO PAYEE dan secara automatik keluar menu isi maklumat bayaran

Langkah 4:

Masukan maklumat yang di perlukan seperti jumlah yang perlu di bayar, Customer account number
serta no telefon anda. Sila rujuk Lampiran di bawah utk mengetahui cara dapatkan customer account number.

no account SESB
Lampiran A: barcode yang bertanda segi 4 adalah no account customer




Langkah 5:
Terdapat 3 menu Secure Verification, Secure TAC, SMS TAC.


Pilih Klik request for TAC dan masukan code TAC yang di hantar di telefon anda kemudian klik Continue

Langkah 6:
Bayaran Bil SESB telah berjaya di lakukan. Klik Favourite Payee bagi memudahkan anda untuk membayar bil pada bulan seterusnya.

Klik print receipt sebagai simpanan dan rujukan anda jika di perlukan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.