Bila Lelaki cuba Melahirkan Anak

Lelaki Malaysia Pertama cuba merasakan bagaimana melahirkan anak - Lihat apa jadi bila lelaki merasai betapa sakitnya proses bersalin? Jangan ingat hidup wanita itu mudah. Tonton video di bawah

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Gempar! Lelaki Malaysia Ini Melahirkan Anak Perempuan - (Video) Lelaki Pertama Di Malaysia "Melahirkan" Anak


Hmmm, bagaimana ya rasanya sakit bersalin? Kami percaya seperti kenyataan ibu-ibu yang lain, sakit bersalin ini tidak boleh hendak digambarkan. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu dan ianya antara hidup dan mati. Betul tak?

Gotcha! Sebenarnya tajuk artikel ni kami sengaja buat macam tu untuk tarik perhatian anda. Hihi. Jadi untuk merasai bagaimana sakitnya melahirkan anak, lelaki yang kami maksudkan ini  telah diberi peluang untuk mencuba dan menghadapi saat-saat kesakitan ketika bersalin dengan menggunakan mesin “Labor Pain Simulation”.

Mesin yang dicipta ini  memberi kesan seakan sama seperti kesakitan ketika bersalin yang ditanggung oleh golongan wanita.

Prem merupakan seorang penyampai radio Mix Fm. Dalam segmen “talkshow” bersama dengan Aishah & Rod yang juga merupakan penyampai Mix Fm, Prem mengeluarkan kenyataan bahawa kehidupan seorang wanita lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan kaum lelaki. Aishah tidak bersetuju dengan kenyataan Prem ini, jadi untuk membuktikan bahawa kenyataan Prem adalah tidak benar, mereka bersetuju untuk bertukar kehidupan dan gaya hidup antara satu sama lain dalam cabaran yang diberi nama ” Aishah & Prem’s Life Swap”. Salah satu cabarannya ialah Prem perlu memakai “pregnancy suit” sepanjang hari dan merasai kesakitan bersalin.

Adalah mustahil seorang lelaki seorang lelaki melahirkan seorang zuriat ke dunia, namun dengan menggunakan alatan tertentu, penyampai radio Mix FM, Prem berpeluang merasai kesakitan yang tanggung seorang ibu ketika hendak melahirkan.


Tujuan mereka melakukan perkara tersebut bagi merasai sendiri bagaimana kehidupan yang dilalui oleh seorang ibu yang hamil.


Selepas melalui pengalaman 'bersalin' yang cukup menyakitkan, Prem memohon maaf atas keterlanjurannya sebelum ini yang pernah mengatakan bahawa kehidupan para wanita lebih mudah daripada lelaki.


Jadi untuk tahu sama ada Prem dan Aishah berjaya atau tidak mengharungi cabaran “Life Swap”, anda kena tonton video berikut.



Sumber dari Mix FM

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post