Sekitar Kejadian Kebakaran kilang tilam Royal Matress di Kolombong

Kickbola.net
Sebuah kilang membuat tilam di Kolombong, Sabah terbakar kira -kira 5 pagi tadi. Usaha memadam kebakaran membabitkan jentera dan anggota dari Balai Bomba Lintas, Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran. Lokasi Kebakaran Kilang Tilam berhampiran Seberang Jalan PUSPAKOM Kolombong

Tragedi Oktober - Kebakaran Kilang Stor Tilam Royal Matress di Kolombong

Stor penyimpanan tilam di Jalan Kolombang, dekat sini, terbakar, kira-kira jam 5 pagi tadi.

K
ebakaran masih lagi berlaku sehingga 8 pagi tadi dan operasi memadam kebakaran sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba bagi mengelak api merebak ke kawasan lain.

Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang bersebelahan lokasi kejadian Lijar , 60, berkata, ketika sedang melakukan rondaan dia terhidu bau asap sebelum terkejut apabila mendapati stor penyimpanan tilam bersebelahan tempatnya bekerja sedang terbakar.

“Saya terkejut apabila terhidu bau asap lalu melakukan pemeriksaan dan mendapati stor penyimpanan bersebelahan terbakar lalu memaklumkan kejadian itu kepada majikan saya.

“Ketika itu, beberapa letupan besar kedengaran dan tidak lama selepas itu beberapa jentera bomba tiba untuk memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian.

Sementara itu, sebanyak 11 jentera bomba membabitkan seramai 44 anggota dari empat balai bomba dan penyelamat iaitu Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Tuaran berada di lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Sebuah kilang membuat tilam di Kolombong, Sabah terbakar kira -kira 5 pagi tadi. Usaha memadam kebakaran membabitkan jentera dan anggota dari Balai Bomba Lintas, Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.
Posted by Buletin TV3 on Wednesday, September 30, 2015


Di difahamkan kebakaran berlaku di kilang tilam royal mattress. Diharapkan tiada mangsa yang terkorban.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.