Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, Sharizan, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian tubuhnya manakala dua lagi mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identiti mereka, dirawat di Hospital Ranau di sini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy k Ramin berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan makanan yang terbabas dan terbalik.
"Empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan seorang remaja berada dalam kenderaan itu. Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dan apabila berjaya dikeluarkan, dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis manakala dua yang cedera dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang dikenali sebagai Sharizan maut di tempat kejadian kerana tersepit pada kenderaan tersebut manakala identiti tiga penumpang yang lain belum dikenalpasti.
Lori milik syarikat Yu Chan Trading itu yang dipandu oleh salah seorang mangsa terbabas dengan sendiri lalu terbalik.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment
0Comments