Ranau: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.6 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 11.39 malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa berada pada koordinat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, iaitu 10 kilometer barat dari Ranau.Kenyataan itu berkata gegaran dapat dirasai di Ranau. - BERNAMA
إرسال تعليق