Kebakaran Pasaraya GMart Ranau

Kedai GMART Ranau terbakar pagi ni..harap-harap usaha memadam kebakaran berjalan lancar.. punca kebakaran masih disiasat. Foto Gambar oleh: Harimin Duari Daras Kanju

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kebakaran Pasaraya GMart Ranau

Berikut merupakan reaksi daripada salah seorang penduduk Ranau yang bersedih dan terkesan atas kejadian kebakaran awal pagi yang mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Jam 8.10 pagi tadi, bercadang hendak membeli-belah di Kedai GMART tapi dari jauh berkepul-kepul asap kelihatan.

Tiba di sana pihak bomba sedang bertungkuslumus memadamkan api yang marak. Tidak lama selepas itu Bomba Kudat turut datang membantu bomba Ranau.

Terima kasih para bomba. Namun nampaknya bomba Ranau perlu diperkasakan lagi memandangkan kawasannya semakin luas dan bangunan semakin padat dan banyak bangunan besar dan bertingkat-tingkat.

Kapasiti sumber manusia bomba yang lama kurang seiring dengan pembangunan pesat terkini. - Siti Norita.

MESEJ KESEDARAN BERKAITAN FENOMENA EL- NINO DAN CUACA KERING DAN KES-KES KEBAKARAN YANG BERLAKU DI DAERAH RANAU.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam Damai YB Tan Sri, Datuk Seri, Dato, Tuan-Tuan dan Puan - Puan sekalian. Susulan daripada fenomena El-nino yang berpanjangan serta berterusan di Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau menerima jumlah panggilan kebakaran melibatkan belukar dan api hutan yang sangat tinggi.

Sememangnya sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Jabatan dalam memadam kebakaran dan menyelamatkan nyawa tanpa mengenal masa dan situasi. Tidak sekali-kali Bomba dan Penyelamat berkeluh kesah kerana sudah menjadi 'isi' dalam kerja -kerja seharian. Tidak terlintas pun di fikiran setiap Anggota Bomba bagi menjalankan tugas dengan sikap semberono atau bersahaja. Semua insiden yang dihadiri telah dihadapi dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh.

Namun, masyarakat semua juga harus sedar bahawa insiden kebakaran dan keadaan berjerebu di daerah kita khususnya akan menyebabkan banyak implikasi yang negatif berbalik kepada masyarakat sendiri. Kerugian harta benda & pokok tanaman, keadaan udara di daerah kita tercemar dan habitat haiwan-haiwan ternakan & yang tinggal dalam belukar serta hutan-hutan juga terjejas. Malahan yang lebih teruk lagi kesihatan masyarakat setempat juga akan turut terjejas.

Kebakaran tidak akan berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebab. Setiap kebakaran yang berlaku pasti ada puncanya. Antara punca yang dikenal pasti adalah PEMBAKARAN TERBUKA DENGAN CUAI yang dilakukan sendiri oleh orang awam serta dari sikap alpa masyarakat khususnya puntung -puntung rokok yang dibuang ke dalam semak atau belukar. Ini semua merupakan antara pencetus atau punca2 berlakunya kebakaran khususnya di Daerah RANAU.

Oleh itu pihak JBPM BBP. RANAU menyeru kepada masyarakat agar memainkan peranan dalam menangani situasi ini. Pihak Jabatan berharap masyarakat di daerah ini akan saling menasihati serta mengingatkan sesama sendiri agar tidak membuat PEMBAKARAN TERBUKA dan tidak mengambil SIKAP SAMBIL LEWA tentang pembuangan puntung -puntung rokok ke kawasan-kawasan yang boleh terjadinya kebakaran serta apa-apa saja cara yang boleh memungkinkan sesuatu kebakaran itu berlaku.

Mesej ini adalah untuk kesedaran kepada masyarakat Daerah Ranau dan pihak Jabatan berharap dapat disampaikan kepada semua.

"API KECIL JADI KAWAN, BESAR MENJADI LAWAN".

SEKIAN, TERIMA KASIH

JIMMY BIN LAGUNG
KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH RANAU.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم