Tarikan Terbaru Replika Teko Sabah Tea Terapung di Ranau

TEH SABAH DAN IKONNYA DI DAERAH RANAU,SABAH.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Teko terapung.. 😀

Replika Sabah Tea terletak berhampiran bulatan jalanraya JKR telah siap dibina!... pembikinan replika ditanggung 100% oleh syarikat Sabah Tea .

SABAH TEA adalah sebuah anak syarikat Yee Lee yang diperkenalkan pada 1973.

Sabah Tea mengeluarkan sejenis teh yg segar, semula jadi serta harum hasil daripada tanah yang subur Gunung Kinabalu & bebas dari penggunaan pestisid & pewarna tiruan & mendapat pengiktirafan dari SIRIM !


Dengan kakitangan yang berpengalaman dalam sektor pembuatan dan pemasaran menguruskan produk , SABAH TEA kini telah mencapai kejayaan dalam pasaran antarabangsa dengan sokongan dan platform yang disediakan oleh MATRADE untuk mempromosikan jenama dalam pelbagai acara seperti ' Taste of London 2010' di England, ' Malaysia Kitchen ' di Selfridges London , Birmingham , Manchester Trafford dan Manchester Exchange, serta ' Taste of Auckland 2010' di New Zealand.

Dan, ini adalah peluang besar yang diperolehi oleh SABAH TEA untuk memperluaskan pasaran, membolehkan pengguna antarabangsa untuk mengalami dan merasai kebaikan teh.


Dengan wujudnya replika seperti ini sekaligus membawa tarikan terbaru buat pekan Ranau.

Picture
Pandangan waktu malam Teko Terapong Sabah Tea di Pekan Ranau.

Sebagai warga Ranau, kami di SOS berbangga dengan kejayaan Sabah Tea.


Yay... Saban hari, tarikan pelancongan semakin dahsyat di ‎Sabah‬! Well done !

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم