Warga Emas tikam rakan di Kepayan Ridge

Picture
RE: KES BUNUH DI KEPAYAN RIDGE@23.9.16@3.30pm
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Warga emas maut ditikam rakan sendiri ketika bermain permainan teka-teki di sebuah perumahan Kepayan Ridge

Seorang wanita warga emas maut ditikam rakan sendiri ketika bermain permainan teka-teki di sebuah perumahan Kepayan Ridge.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M.Chandra dalam satu sidang media khas berkata pihaknya mendapat panggilan kira-kira jam 4 petang tadi.

Sejurus tiba di lokasi kejadian mangsa, Ngui Lim Kiau 64 tahun seorang pesara guru terbaring diruang tamu rumahnya.

Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati satu tikaman di bahagian belakang lebih kurang 6 inci daripada leher.

Siasatan awal mendapati mangsa ditikam oleh seorang suspek berusia 65 tahun yang juga rakan kepada mangsa.

Dalam kejadian Kira-kira jam dua petang tadi, mangsa mengajak suspek yang tinggal berjiran untuk bersembang dan bermain permainan teka-teki dirumahnya sebelum suspek bertindak menikam mangsa selepas dipercayai kalah dalam permainan.

Abang kepada suspek kemudian menghubungi pihak hospital.

Siasatan lanjut mendapati suspek mengalami masalah mental dan menerima rawatan psikiatrik sejak 20 tahun lalu dan kini masih menerima rawatan di Hospital Bukit Padang.

Mayat mangsa dihantar ke hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Manakala suspek turut dihantar ke hospital selepas cuba mencederakan diri dengan mengelar pergelangan tangan dan cuba menikam dirinya dengan pisau.

Walau bagaimanapun suspek akan ditahan selepas menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post