Parti Bersatu Rakyat Sabah Mahu bekerja dengan Pakatan Harapan
Sekarang, PBRS tinggalkan BN Sabah. Dengan 1 DUN dan 1 Parlimen, Presiden PBRS Joseph Kurup berkata ia sudah memohon untuk sertai PH.
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjadi parti tempatan ketiga yang meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Tan Sri Joseph Kurup
Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata parti itu membuat keputusan untuk meninggalkan BN pada masa yang sama dengan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) semalam tapi hanya mengumumkan perkara ini selepas mendapat lampu hijau dari majlis tertinggi.
“Kami meninggalkan BN kerana jika kami kekal dalam gabungan itu, kami tidak dapar berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik mungkin.
“Kami sudah memohon untuk menjadi ahli Pakatan Harapan. Dengan menyertai PH, kami boleh beri apa yang kami janjikan kepada rakyat,” kata Kurup.
Selain Upko dan PBRS, Parti Liberal Demokratik (LDP) juga mengisytiharkan niat meninggalkan BN dan menyertai PH awal hari ini.
Kurup yakin tiada masalah untuk PBRS menyertai gabungan pemerintah baharu itu.
“Saya sudah bercakap dengan kepimpinan tertinggi PH dan mereka kata ‘anda dialu-alukan,” katanya.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment