Kematian COVID-19 Kedua Sabah Dilaporkan Di Tambunan

Pengkebumian mayat COVID-19 pertama di Tambunan tiada ahli keluarga datang disebabkan mereka dikuarantin. Salam Takziah.
Covid-19: Kematian Kedua Sabah Dilaporkan Di Tambunan

Sabah merekodkan satu lagi kematian akibat Covid-19, dengan kematian terbaru melibatkan pesakit dari Tambunan yang ditempatkan di Hospital Keningau.

P esakit ini disahkan positif COVID-19 pada 28 Mac lalu dan dikatakan dijangkiti Covid-19 ketika baru pulang dari Semenanjung Malaysia.

Kes kematian terbaru masih menunggu pengesahkan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memaklumkan kes kematian pesakit Covid-19 di Tambunan itu dinyatakan sendiri oleh keluarga mangsa, semalam.

Sehingga semalam, hanya satu kes kematian direkodkan di Sabah. Ia melibatkan seorang lelaki 58 tahun dari Tawau yang merupakan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 20 Mac lalu.

Setakat semalam, Sabah merekodkan 225 kes positif Covid-19 dengan 33 orang telah pulih.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.