Melampau ! Tergamak rempuh sekatan PKP di Jalan Lintas - Kolombong, Kota Kinabalu

PASUKAN keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya sempena Op Covid-19, berdepan detik cemas apabila ia dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Lintas - Kolombong, Kota Kinabalu, semalam.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



PASUKAN keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya sempena Op Covid-19, berdepan detik cemas apabila ia dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Lintas - Kolombong, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian 9.35 malam itu, pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Rela bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Manakala kenderaan jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki berjaya meloloskan diri dan usaha menjejakinya sedang dijalankan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika kejadian pasukan polis bersama anggota ATM dan Rela mengarahkan sebuah kenderaan Ford Ranger untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.


“Namun pemandu itu tidak berhenti sebaliknya memandu secara melulu dan melanggar sekatan jalan raya sebelum memecut laju. Suspek kemudisn membuat pusingan menuju ke arah Inanam dan menghilangkan diri.

“Akibat kejadian itu, peralatan sekatan jalan raya seperti lampu dan papan tanda polis rosak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, pemandu terbabit sudah dikenal pasti dan suspek juga didapati melakukan perbuatan cuai yang mungkin akan merebakkan jangkitan wabak Covid-19 selain berada di tempat awam tanpa pengecualian yang sah dibawa warta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Siasatan kes ini masih lagi dijalankan dan usaha untuk mengesan suspek giat dilakukan. Sekatan jalan raya dijalankan bagi memastikan orang ramai mematuhi PKP dan bila diarah berhenti, silalah beri kerjasama.


“Ini bertujuan untuk kita sama-sama memutuskan rangkaian wabak Covid-19 daripada terus merebak,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.