Kemalangan Jalan Raya di Jejambat Tanjung Aru - Kota Kinabalu

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kemalangan Jalan Raya di Jejambat Tanjung Aru - Kota Kinabalu .
(📸 ©Sumber /Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji )
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Kemalangan Jalan Raya di Jejambat Tanjung Aru - Kota Kinabalu

Tiga buah kereta terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di atas jejambat Tanjung Aru menghala ke Kota Kinabalu, pagi tadi.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku sekitar 7:30-pagi sehingga 8:30-pagi.


Ketika dihubungi , Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan kemalangan tersebut.


Katanya, ketiga-tiga mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau juga memaklumkan, setakat ini, dua mangsa telah membuat laporan polis.


Berdasarkan fakta dan siasatan awal, kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa wanita berusia 23-tahun yang mengekori rapat kenderaan dihadapan sebelum gagal mengawal kenderaan dan terlanggar belakang kenderaan mangsa di hadapan dan menyebabkan kenderaan tersebut melanggar belakang kenderaan mangsa ketiga.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم