Peluang membuka ‘KK Skybridge’ untuk kegunaan orang ramai semakin cerah selepas satu kertas kabinet sudah diserahkan kepada kerajaan untuk pertimbangan.
P
eembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, kerajaan amat prihatin dengan keperluan kemudahan ini untuk kesejahteraan masyarakat di bandaraya ini.
Katanya, sejak dimaklumkan mengenai perlantikannya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), visi pertamanya adalah kemudahan ‘skybridge’ berkenaan.
“Kerajaan baharu ini bukan saja perlu memastikan keselamatan rakyat berikutan pandemik Covid-19, tetapi juga menyiapkan sepenuhnya jejambat pejalan kaki ini sebagai keutamaan dalam kemudahan di bandaraya ini.
“Dengan adanya kemudahan ini nanti, sudah pasti ia akan mewujudkan suasana bandaraya yang kondusif terutamanya kepada pelancong dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui semasa meninjau sendiri keadaan jejambat pejalan kaki berkenaan, di sini, hari ini.
Turut hadir bersama meninjau jejambat pejalan kaki berkenaan, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman.
Abidin berkata, pembukaan jejambat pejalan kaki baharu ini akan menghubungkan beberapa pusat beli belah akan merancakkan ekonomi setempat.
Untuk rekod, projek pembinaan jejantas ‘Sky Bridge’ sepanjang 350 meter menghubungkan pusat beli-belah Oceanus, Centre Point, Waterfront dan Asia City.
Jejambat pejalan kaki yang dilengkapi hawa dingin berkenaan turut menempatkan kemudahan kiosk untuk peniaga.
Bagaimanapun, jejambat pejalan kaki yang dibina sejak tiga tahun lalu itu hanya siap hampir 92 peratus pembinaannya dan terpaksa dihentikan atas sebab-sebab teknikal.
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, kerajaan amat prihatin dengan keperluan kemudahan ini untuk kesejahteraan masyarakat di bandaraya ini.

إرسال تعليق