Pasar Tamu di Gaya Street semakin kembali meriah
Suasana pasar mingguan atau ‘tamu’ mengikut bahasa tempatan di Jalan Gaya yang sebelum ini sepi kerana kekurangan pengunjung akibat penularan COVID-19, kelihatan semakin kembali meriah dengan kehadiran ramai pengunjung setelah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di banyak tempat di Sabah dilonggarkan baru-baru ini.
Tinjauan ke pasar di Jalan Gaya, juga dikenali sebagai ‘Gaya Street’, yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara ke sini mendapati, kian banyak gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barang perhiasan dibuka dengan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan COVID-19.GAYA STREET SUNDAY MARKET
Jangan terkejut, pasar yang pada asalnya diberikan nama Bond Street ini telah wujud sekitar 100 tahun lamanya. Pada ketika dulu, terdapat kedai-kedai kayu yang beratap nipah, namun kini tidak lagi.
Apa yang boleh anda temui di sini?
Bermacam barangan diniagakan seperti makanan tradisional Sabah, produk hasil laut, pakaian, cenderamata, kraftangan, bunga, buah-buahan, herba, barangan antik dan bermacam-macam lagi! Memang meriah.
Tak nak bersesak dengan orang ramai? Datanglah seawal ia dibuka iaitu pada pukul 6.30 pagi.
Pada 7 Dis lepas PKPB Sabah dilanjutkan 14 hari, namun beberapa kelonggaran diberikan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan termasuk dari segi lokasi dan masa operasi perniagaan, dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.
Peniaga barangan mutiara Dani Dayani Imbran, 32, pula berkata ramai pelanggan di Jalan Gaya terdiri daripada pelancong dari Semenanjung, dan kawalan ketat pintu masuk ke negeri Sabah sebelum ini telah menjejaskan perniagaan mereka.
“Sekarang memang sudah bolehlah.. sebelum ini, banyak yang terkesan dengan PKPB, ramai hilang kerja, hilang pendapatan, jadi memang patutlah dilonggarkan… apabila penerbangan ke Sabah dibolehkan kembali, sudah baik sikit (jumlah pengunjung),” katanya.
Seorang pengunjung, Latim Alip, 60, ketika ditemui di sini berkata beliau berharap semua peniaga dan pengunjung dapat mematuhi SOP ditetapkan walaupun kelonggaran telah diberikan di bawah PKPB kerana COVID-19 masih ada.
“Janganlah terlampau rapat-rapatlah, penjarakan itu ikut SOP lah…orang ramai kena patuh,” katanya.
“Ini satu inisiatif kerajaan yang amat baik untuk menghidupkan semula ekonomi dan memastikan peniaga-peniaga kita terus dapat membuat perniagaan dan menjana pendapatan mereka, tapi yang paling penting ialah mereka hendaklah mematuhi SOP, itulah vaksin sebenarnya bagi COVID-19,” katanya.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق