Seorang pekerja binaan berusia 50 tahun menemui sebutir bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ketika sedang menjalankan kerja pembersihan di sekitar rumahnya bertempat di Simpang 11, Kampung Jawa, petang semalam.
LABUAN: Satu bom lama yang dipercayai peninggalan perang dunia kedua ditemukan oleh seorang pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja pembersihan di Simpang 11, Kampung Jawa, pada Khamis.
D
alam kejadian pada jam 1.39 tengah hari itu, lelaki tempatan berusia 50 tahun terbabit menemui bahan letupan jenis UOX ‘Ariel Bom’ tertanam dalam tanah dan dipercayai masih aktif.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, ketika itu lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar rumah sejak jam 11 pagi.
“Objek yang kelihatan seperti kepingan besi telah dikeluarkan dari dalam tanah dan didapati seperti sebutir bom yang telah berkarat.
Kawasan sekitar bom itu ditemukan dikawal rapi oleh pihak polis.
“Pegawai penyiasat bersama unit Pemusnah Bom mengesahkan objek itu ialah sebutir bom lama dan masih aktif dengan berat kira-kira 35 kilogram dan ukur lilit 43 sentimeter serta panjang kira-kira 61 sentimeter, ” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Bom tersebut telah diletupkan sekitar pukul 12.35 tengah hari tadi di kawasan yang selamat dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
إرسال تعليق